baca sendiri...
kawan2 ku semua da maklum pasal ni
sendiri pun pernah rasa kan
ada ke flat..apartment la :P
tapi semalam ku nampak lagi lori menghala ke tempat pembinaan tu ulang alik
tak tau la sebab apa kan
risau oo dah la umah atas langit
bukan tu je atas bukit plak tu
mula2 ingat duk situ pasal
masalah lif, masalah kecurian, masalah parking, masalah sampah je etc
rupa2nya ada masalah yg paling2 merisaukan
mau tak kot2 ada orang tua kte ke kt umah sendiri
time tu kte handle ank sendiri ke ataupun
time tu mmg kte sorang2 je ke kt umah
ya Allah tak dapat bayangkan
nauzubillah la
semoga dijauhkan dari benda2 tak elok
ni clear skit :
copy paper metro harini
Penduduk Kuarters Penjawat Awam 5R1
dan 5R3, Presint 5 di sini, mahu pihak berkaitan meneliti semula kaedah
pembinaan projek pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di
Presint 6, berikutan kerap merasai gegaran sejak Ogos lalu.
Difahamkan, gegaran itu berlaku
akibat kerja peletupan batu (rock blasting) di tapak pembinaan PPA1M itu
sehingga mengganggu ketenteraman awam termasuk mengundang kebimbangan penduduk.
Rata-rata penduduk yang ditemui
melahirkan rasa bimbang berikutan kesan letupan itu mengundang gegaran ke atas
bangunan kuarters sekali gus mencetuskan ketakutan kepada penduduk.
Seorang suri rumah, Nadirah Idrus,
25, berkata, dia sendiri pernah merasai gegaran itu termasuk berdepan kesan
gegaran paling kuat tengah hari dan petang kelmarin menyebabkan peralatan rumah
seperti almari dan barangan elektrik di rumahnya bergegar.
Dia berkata, gegaran yang kuat itu
menyebabkan dia trauma selain diselubungi perasaan takut sepanjang masa.
"Ketika kejadian semalam
(kelmarin), saya berada di dalam rumah bersama bayi berusia dua bulan sebelum
dikejutkan dengan gegaran kuat itu.
"Saya tidak boleh membayangkan
jika ada individu yang terperangkap di dalam lif ketika gegaran berlaku dan
pastinya keadaan akan bertambah buruk," katanya ketika ditemui di sini
semalam.
Katanya, dia mahu pihak berkaitan
melihat semula perjalanan projek berkenaan selain berusaha meminimumkan kesan
gegaran selain menghadkan aktiviti meletup batu di tapak pembinaan itu.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan
Komuniti 5R3 Kamarul Zaman Salleh berkata, gegaran kuat kelmarin bukan kejadian
pertama kerana ia sudah dirasai sejak Ogos lalu sekali gus menyebabkan penduduk
berada dalam kebimbangan.
"Gegaran kuat seperti gempa
bumi itu menyebabkan penduduk takut untuk terus tinggal di kuarters
berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kamarul Zaman berkata, pihaknya juga
sudah mengadakan pertemuan dengan pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Bahagian
Pengurusan Hartanah (BPH) bagi membuat aduan mengenai perkara itu.
"Malah, pada pertemuan hari ini
(semalam), wakil agensi itu memaklumkan teras bangunan disahkan selamat untuk
didiami selepas pemeriksaan dijalankan.
"Buat masa ini, kami menerima
keputusan pemeriksaan dibuat wakil agensi berkenaan namun pada masa sama, kami
juga mahu pihak berkenaan memberi jaminan bahawa kesan gegaran itu tidak
berlaku lagi pada masa depan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan
Awam Perbadanan Putrajaya (PPj) Noor Azhar Zainal ketika dihubungi semalam
berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah itu malah, sudah mengarahkan
kontraktor tapak pembinaan itu supaya menghentikan kerja letupan buat sementara
waktu.
"Malah, pada masa sama, kami
juga akan memantau operasi di tapak pembinaan itu sebaik ia dijadualkan beroperasi
semula. Kami juga sudah menasihatkan kontraktor berkenaan supaya mengikut
kerja-kerja pembinaan yang dibenarkan serta diluluskan," katanya.
p/s : pelik tul umah presint 5..ttiba tu PPA1M presint 6..tp klau duk putrajaya ni mmg ada je yg xfhm presint2 ni..
No comments:
Post a Comment