ui..agak2 la
sekarang ni ku rasa semakin ramai orang yang kurang berkeperikemanusiaan
Kuala Lumpur: “Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL
(Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang
yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati
menyaksikan keadaan saya ketika itu,” kata Wan Noor Shila Mior
Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin
segelintir rakyat Malaysia.
Wan Noor Shila berkata, ketika itu dia bersama bayi perempuan berusia
setahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Nilai dengan menaiki ERL
dari Kuala Lumpur (KL) Sentral ke stesen Salak Tinggi jam 6.30 petang.
“Pada masa itu tren dipenuhi ramai orang apatah lagi ketika itu waktu pulang kerja dan saya berdiri sambil mendukung anak.
“Berikutan tidak larat mendukung anak, saya letakkannya dan dia yang
baru belajar berjalan, bermain di sekitar tempat saya berdiri.
“Setibanya di stesen Bandar Tasek Selatan, anak meragam dan mula
menangis mahu menyusu, mahu atau tidak saya duduk di lantai sambil
menyusukan anak,” katanya sedih.
Katanya, lebih menyedihkan,
kebanyakan yang duduk di kerusi adalah orang muda dan mereka sedikitpun
tidak simpati dengan keadaan dan kesusahannya yang mempunyai anak kecil.
agaknya hanya ibu-ibu yang menyusukan anak je yang memahami keadaan begitu
bayangkan 40 minit..lama tau..
lagi pulak umur nya dah setahun
lenguhnya..hanya allah yang tahu
tapi demi anak kan
hanya allah je la yang balas
setiap ibu akan mendahulukan anaknya walau dalam keadaan apa sekalipun
No comments:
Post a Comment