ni update pasal mangsa yang meninggal
mana tak kereta terputus dua
rupanya 3 orang mangsa tu pelajar Malaysia Multimedia University (MMU)
1orang lagi, pemandu kereta itu, N.Yogen, 21, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Putrajaya.
Tiga yang maut dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu merupakan penumpang kereta Proton Wira itu yang dikenal pasti sebagai M. Harisankar dari Klang, V. Thivagor dari Puchong dan V. Thamilarasan dari Kuala Selangor.
Ketiga-tiga pelajar itu yang kesemuanya berumur 18 tahun mati di tempat kejadian.
Mereka berempat dikatakan dalam perjalanan ke MMU, Cyberjaya selepas bersarapan di Hotel Pullman Putrajaya di sini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi berkata kereta itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan terputus dua akibat impak rempuhan yang kuat.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kereta-terbelah-dua-langgar-tiang-elektrik-tiga-sahabat-maut-43158?cp
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kereta-terbelah-dua-langgar-tiang-elektrik-tiga-sahabat-maut-43158?cp
"Kesemua mereka adalah pelajar cemerlang, saya amat terkejut dengan kejadian ini," kata lelaki itu ketika ditemui pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Putrajaya.
Sementara itu, jurucakap MMU berkata Harisankar merupakan pelajar Diploma Teknologi Maklumat, Thivagor (Diploma Perakaunan) dan Thamilarasan (Asasi Teknologi Maklumat) dan Yogen (Diploma Teknologi Maklumat).
Kesemua mereka baru sahaja mendaftar di universiti itu pada Jun lepas.
No comments:
Post a Comment