Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 413 orang akan mula bergerak dari Madinah ke Makkah dengan menaiki bas petang ini.
Mereka yang tiba di Madinah pada 27 Ogos lepas untuk melakukan ziarah
dijangka bertolak selepas solat Zuhur dan dijangka tiba di Makkah
kira-kira jam 7 petang waktu tempatan hari yang sama (12 tengah malam
waktu Malaysia) .
Kumpulan jemaah haji itu digalakkan membuat ziarah wada atau ziarah
selamat tinggal di Masjid Nabawi, sebelum mandi sunat dan berpakaian
ihram bagi memasuki Makkah untuk melakukan umrah haji.
Mereka kemudian akan berhenti di Masjid Bir Ali, kira-kira tujuh
kilometer dari kota Madinah, untuk solat sunat ihram dan memasang niat
ihram.
Ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Makkah akan diikuti oleh kumpulan kedua dan seterusnya secara berperingkat.
Tabung Haji telah menyediakan sebanyak sembilan maktab untuk
menempatkan 22,320 jemaah haji tahun ini, termasuk di Qasr Al
Janadiriyyah yang berhampiran dengan Abraj Al Janadiriyyah.
Setakat ini, sebanyak 18 penerbangan membawa jemaah haji telah tiba
di Madinah dengan yang terakhir tiba kelmarin iaitu penerbangan KT18
dengan seramai 267 jemaah haji.
Sehingga kini seramai 6,250 jemaah haji Malaysia sudah berada di Madinah.
dulu masa praktikal kt Tabung Haji
memang terasa sangat
sebab terlibat ngan bakal jemaah haji dari muar pada tahun tersebut
rasa cm dekat sangat setiap kali join ngn diorang
kadang2 bagi gelang untuk bakal jemaah haji
ada 1 kali tu join kursus perdana untuk bakal jemaah
dapat tau masalah diorang
camna nak handle semua2 tu
tetiba rindu zaman praktikal
staf nye pun baik2
No comments:
Post a Comment