rasanya baru diam seketika cerita pasal MH370
tup2 malam semalam tengok Awani dikejutkan dengan MH17 jatuh terhempas & ditembak di ukraine
yang sedihnya rakyat malaysia yg balik tu nak sambut raya
ya-allah..huhuhu
antara kronologi Mh17:
Kawasan yang dikatakan MH17 terhempas itu merupakan kawasan konflik antara Russia dan Pemberontak Bersenjata (Pihak Pemisah) Ukraine. Timur Ukraine dan 40KM daripada sempadan Rusia.
- Penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam (Belanda) ke Kuala Lumpur (Malaysia) menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas 12:14 pagi waktu tempatan pada hari Khamis 17 Julai 2014 iaitu 15 minit terlewat darioada jadual penerbangan asal berdasarkan rekod penerbangan
- Berdasarkan jadual penerbangan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) dijangka sampai di KLIA Malaysia pada 6:10 waktu Malaysia
- Pesawat MH17 membawa 295 orang, 280 penumpang dan 15 anak kapal terbang Malaysia Airlines (MAS)
- Pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) berada pada kedudukan ketinggian 33,000 kaki
- Ketika pesawat MH17 sedang dalam perjalanan di FL330, 50 nm barat laut Donetsk (Ukraine), secara tiba-tiba transporder isyarat telah hilang di FL330 pada kedudukan N48.56 E37.21
- Laporan berita terkini Interfax telah memaklumkan pesawat MH17 terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia
- Satu berita terkini yang cukup mendukacitakan setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan ketika ini pesawat MH17 terhempas di Ukraine (sempadan Rusia) didakwa kerana ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu yang mampu mencapai ketinggian 72,000 kaki
- Walaubagaimanapun dakwaan pesawat MH17 terhempas ditembak jatuh angkara pejuang pemisah Pro Rusia telah dinafikan wakil pihak pejuang pemisah tersebut
- Berita Terkini MH17 terhempas berhampiran bandar Donetsk yang merupakan kubu kuat pemberontak Pro Rusia
- Berdasarkan laporan berita terkini Reuters yang diperolehi daripada sumber penerbangan Rusia mengatakan kapal terbang Mh17 malaysia Airines (MAS) sama sekali tidak memasuki ruang udara Rusia
- Walaubagaimanapun zon penerbangan di mana pesawat MH17 terhempas adalah kawasan yang cukup bergolak dan konflik ketika ini
MAS mengesahkan daripada 298 orang itu, 43 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, sembilan dari United Kingdom, empat masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada.
Sementara itu kewarganegaraan 41 orang lagi masih belum dikenal pasti.
p/s: setakat update terkini,press conference ditangguhkan. berita awani
No comments:
Post a Comment