Tuesday, July 1, 2014

berita kematian di bazar ramadhan putrajaya

ish terkejut nya bila terbaca kt timeline FB kawan2 semalam
oh rupenye tempat bazar ramadhan kt putrajaya da pindah ye
innalillah
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman
al-fatihah.


nah baca:

Berita terkini punca kes penjawat awam, Muhammad Kamal bin Salleh Hodin mati di Bazaar Ramadhan Putrajaya. Insiden dipercayai berlaku pada pukul 5.45 petang 30 Jun 2014 apabila mangsa dilaporkan terjatuh ketika cuba melintasi longkang seluas kira-kira satu meter di Bazaar Ramadhan Presint 3. Mangsa maut serta merta ditempat kejadian susulan kecederaan parah dibahagian kepala akibat hentakan kuat dibahagian bucu longkang. Difahamkan, hasrat mangsa ke Bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa tidak kesampaian apabila ditimpa insiden yang menyayat hati.