memang terkejut mcm tak percaya bila dengar kat radio pagi tadi
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selatan (PLUS) [di Kawasan Gua Tempurung] menghala ke utara kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Manakala pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta
jenis Toyota Alphard yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di
Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.
Karpal yang dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau
Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian
akibat cedera parah.
Kapal Singh adalah antara ahli
parlimen yang lantang pernah digelar Harimau Julutong bergiat politik semenjak
1978 sehingga sekarang dan baru-baru ini melepas jawatan sebagai Pengerusi
DAP...
Sementara itu pemandu lori, Abu
Mansor Mohd, 45 terkejut dengan bunyi dentuman di bahagian belakang lori yang
dipandunya.
Menurutnya lagi, kenderaan itu dipandu terlalu laju dan sebaik perlanggaran berlaku, beliau memberhentikan lori dan segera meninjau keadaan kenderaan yang melanggar belakang lori mendapati ada mangsa yang cedera dimuka.
Ramai orang terkejut dan tidak
menyangka yang Karpal akan menghabiskan sisa hidup dengan kemalangan.
video kemalangan:
No comments:
Post a Comment