Friday, April 26, 2013

Timbalan Ketua Pengarah Kastam II Putrajaya ditembak mati



serius terkejut,xsangka bila terbaca berita ni
allahyarham adalah seorang yg baik,wlaupun baru jumpa
ku xla mengenali nye begitu rapat
tapi ktorang laki bini pernah berjumpa 'in person'
setakat dari pengamatan ku beliau seorang yg baik,humble,tidak sombong
biase kan kita sinonim dengan kalau orang berpangkat ni akan sombong semua kan
tapi bile jumpe ngn ktorang, beliau seorang yg sempoi

Ni latest version nye cite, berlaku kat putrajaya lak tu

Timbalan Ketua Pengarah Kastam 2 Putrajaya, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim, 58 tahun telah ditembak penunggang motorsikal di lampu isyarat Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya. Tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena dikepala. Sebelum ini keadaannya cukup kritikal dan akhirnya Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah kembali kerahmatullah sebentar tadi

  • Kejadian ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, 8 pagi ini
  • Kena tembak di lampu isyarat Presint 8, ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
  • Penembak menaiki kereta ( *eh brp version ni,penembak bawa motor ke keta)
  • Tiga das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim
  • Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospital Putrajaya
  • Sekarang ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya.
  • Besar kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan

Dato’ Shaharuddin Bin Haji Ibrahim (Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) cukup terdedah dengan risiko besar dan menggalas tugas yang cukup mencabar….Arwah menjaga cdn import eksport pertek.

Mungkin ada kaitan dengan pihak tertentu yg tercabar agaknye la kot..

Sebagai Umat Islam, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga arwah Dato’ Hj. Shaharudin ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman. Ketika berita ini dilaporkan Berita Semasa, ramai sudah sahabat handai pergi ziarahi di hospital tadi. Al-Fathah, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un.

p/s: byk da link yg diorg share kt fb..antaranye kt BH : www.bharian.com.my/bharian/articles/TimbalanKetuaPengarahKastammautditembak/Article/index_html

CUEPACS minta pemberian cuti tanpa rekod sempena PRU13

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta supaya menimbang memberi cuti tanpa rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata pemberian cuti itu penting untuk menggalakkan lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar, pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
Tegas Omar, walaupun hari mengundi pada 5 Mei adalah hari Ahad, namun tidak semua negeri cuti hujung minggu pada hari berkenaan,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Kongres Cuepacs pada Ahad.
Tambah beliau penjawat awam juga tidak perlu terburu-buru untuk pulang ke tempat kerja jika diberi pelepasan pada hari berikutnya.
"6 Mei, yang jatuh pada hari Isnin, Cuepacs minta agar penjawat awam ini diberi cuti supaya mereka tidak terburu-buru untuk balik ke tempat kerja terutama bagi yang bekerja mengikut syif,” katanya.
Katanya cuti tersebut antaranya akan memberi manfaat kepada penjawat awam yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi mengundi di negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan.
 
p/s: kan bagus kalau dapat,xyh la apply cti..hehehe

Monday, April 15, 2013

link online baju

korang..nak minta tolong leh..
ape link korang beli baju online eh?
ni memang urgent nye ni..

fmly belah laki ak ade majlis ujung minggu ni..
yg tu xpela kan..
sekali nak cari lak warna yg leh tahan sukar gak la nak mencari..

ble ku search je kebanyakan yg kuar link utk baju pengantin/tunang
memang la warna tu cantik
tapi ku ni da la xssuai pakai baju biase2 tu
kalau x,da lama ku rembat da

nak tau ku nak cari warna ape
warna emerald green ok..
ataupun dlm BM nye warna hijau zamrud

cantik memang la cantik
yg nak mencari nye da macam ape
fuhh..sabar je la

yg laki ku plak last mnit baru nk mencari
kalau ku xtertanye,die pun rilek je
da nama llaki..memang camtu ek..

korang..kalau ade link on9 gtau eh
sambil tu ku try gak cari kat luar2 kdai biase tu

ala,warna macam scha awal kawin tu
xgelap n xterang sangat colour ijau nye tu



Friday, April 12, 2013

caj yuran taska sekitar lembah klang

peh xagak-agak..kalau betul la camni..
melampau laa..

http://www.hmetro.com.my/articles/2013041208352620130412083526/Article

Persatuan Pengusaha dan Pengasuh taska Berdaftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PEPENTA WPKL) akan menaikkan yuran bulanan taska berikutan kos operasi meningkat selain memberi ruang kepada pengasuh memperoleh pendapatan lebih tinggi.

Presidennya, Hashim Ibrahim berkata, caj baru yang akan dikenakan bermula 1 Jun depan ialah pada kadar RM450, kenaikan antara RM150 hingga RM200 dengan beberapa pengubahsuaian taska sudah pun dicadangkan kepada pengusaha di sekitar Lembah Klang.

Katanya, bagi tujuan itu, satu memorandum sudah diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu untuk memohon pertimbangan serta suntikan dana bagi meringankan beban pengusaha yang perlu membayar gaji minimum RM900 berkuat kuasa pada tarikh itu.

“Kita akur dengan arahan pelaksanaan kadar gaji itu, tetapi di peringkat pengusaha, kita memiliki kemampuan yang terhad kerana kos semakin tinggi. Jadi dalam mesyuarat baru-baru ini, kita buat keputusan untuk mengenakan RM450 seorang,” katanya ketika ditemui semalam.

Wednesday, April 10, 2013

masterchef selebriti malaysia kembali


masterchef selebriti


















 akan datang..hehe

tarikh PRU ke 13




wah yeke ni..
tadi masa kursus da dengar da..
ni bukak je fb..tengok ade lagi

saje je cari2..terjumpa yg ni:

DIFAHAMKAN SPR TELAH MENETAPKAN TEMPOH BERKEMPEN UNTUK PRU KE-13 KALI INI ADALAH SELAMA 15 HARI, JADI JIKALAU SELEPAS PERNAMAAN CALON PADA 20HB APRIL 2013 & KALAU DICONGGAK-CONGGAK DENGAN 15 HARI MAKA TARIKH PRU K3 3-13 AKAN JATUH PADA 5HB MEI 2013!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Semalam (10 apr) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bersidang bagi menentukan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).


Daripada maklumat dan pengiraan yang diterima Mynewshub, penamaan calon dijangka akan dibuat pada hari Sabtu, 20 April.

Ia akan diikuti dengan tempoh berkempen selama 15 hari.

Jika ramalan itu tepat, maka PRU-13 dijangka akan berlangsung hari Ahad, 5 Mei.
 
peh,leh lak wat ari ahad eh..ke bukan time cuti sekolah ke..
 
Antara faktor yang menurutnya akan dipertimbangkan oleh SPR ialah tarikh pengundian adalah pada hari yang tidak ada aktiviti kebudayaan atau upacara keagamaan mana-mana kaum.

Faktor cuaca juga akan diberikan perhatian kata beliau.
 

Monday, April 8, 2013

parody johan abpbh 2012

konpem arini kat fb video ni yang paling ramai orang tonton
semalam tengok kat abpbh pun tergelak-gelak..hehe
macam2 la johan ni
pantang di bagi camni...konpem boleh je die wat

http://www.youtube.com/watch?v=6xSh94ZUf-A

Thumbnail

Thursday, April 4, 2013

semakan daftar pemilih SPR

nah..amik link ni untuk korang cek semakan daftar pemilih SPR

http://daftarj.spr.gov.my/




biase da dapat surat ikut alamat kite daftar kat mne kita akan mengundi nanti..
ni saje je nak cek kat on9..