Monday, December 3, 2012

berita terkini



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja berikutan kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata, tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang juga Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.



Pada 26 November lalu, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan supaya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lalu Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini pada 2.18 pagi hari sama.

p/s: sebelum ni da taip sikit pasal ni..tapi ade je dalam draf tu..xtau nak cakap ape..
xpela,ni untuk pengetahuan jer...

5 comments:

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

amboi..kemain berminat betul ko ngn kes datuk ni ye leha..hehe

zal88 said...

ni utk wana yg xtau..hehehe..
tbaca kat paper smlm..brita mutakhir ke hangat tajuk die smlm..;p

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

so dia dpt jd KP blk x leha?

Cik Fara said...

mama kenal ke datuk tu?

Cik Fara said...

xdapat nak bayangkan kalau bos kite yang buat hal mcm tu...mmg da tak respect langsung aku ngan dia dah lepas ni....huhuhu