Wednesday, June 20, 2012

hmm..KSN yang baru

Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru akan menggunakan pendekatan turun padang bagi mendekati anggota perkhidmatan awam, sekali gus mengeratkan hubungan sesama mereka.





Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri yang akan menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu juga bertekad meneruskan usaha meningkatkan keupayaan pelaksanaan dasar, projek dan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat.

“Kita akan sama-sama meningkatkan produktiviti supaya rakyat menghargai dan memuji perkhidmatan kerajaan yang ketika ini sudah berada di landasan yang baik,” katanya.

Mohd Sidek akan tamat kontrak perkhidmatannya Sabtu ini, manakala pelantikan Ali yang sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, berkuat kuasa Ahad ini.

Ali, 57, dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Alam Sekitar dan Ekonomi dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Beliau dilantik Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Ali mempunyai pengalaman kerja yang luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri mulai 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009 dan Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Trans-formation & Advancement sebelum bertugas sebagai Ketua Pengarah UKAS pada 22 April 2009.

Beliau juga berkata banyak program yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Mohd Sidek akan diteruskan termasuk Strategi Lautan Biru dan Pasukan Petugas khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).

“Saya amat menghargai kepercayaan Perdana Menteri dan akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan kakitangan awam. Sistem penyampaian kerajaan akan terus diperkasakan supaya rakyat mendapat manfaat,” katanya.

p/s : org Johor rupenye..hmm..ntah cmne la yer lepas ni..adakah 'dia' makin berkuasa atau sama je..tadi baru terserempak ngn 'dia' kuar lif...

1 comment:

LiaNa YuSoF said...

mcm kenal je 'dia' tu.. hehehe.. selamat la timah.. 'dia' da xde la pasni kn.. hehehe..