Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, semua pengusaha bas ekspres yang beroperasi menghala ke selatan sudah bersetuju untuk berpindah ke TBS-BTS.
"Setakat ini, tiada yang tidak setuju kerana mereka tahu Terminal Sementara Bukit Jalil (TSBJ) akan ditutup, maka tiada alasan untuk mereka tidak berpindah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Syed Hamid berkata, semua pengusaha bas akan mencabut undi untuk pembahagian kaunter bagi mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas SeMalaysia, Datuk Mohd Asfar Ali berkata, ahli persatuan itu sudah setuju sebulat suara untuk berpindah ke TBS-BTS.
"Semua masalah sudah selesai...sekarang kami dalam proses untuk mengundi dapatkan kaunter," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Asfar berkata, perkembangan ini akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak iaitu pengusaha bas dan pengguna bas ekspres.
Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Semenanjung Malaysia (Pembawa), Tajuddin Mohd Yunus berkata, segala masalah membaibitkan penjualan tiket yang menjadi "duri dalam daging" pihak pengusaha bas dan TBS-BTS sudah terlerai.
"Tiada masalah akan timbul lagi dan semua pengusaha bas yang beroperasi ke arah selatan di (terminal) Bukit Jalil akan berpindah ke TBS-BTS," katanya.
Tajuddin berkata, TSBJ akan ditutup pada akhir bulan ini dan tiada lagi perkhidmatan bas ekspres akan beroperasi di sana.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat Maju Holdings Badrul Izhan berkata pengusaha bas yang sedia ada perkhidmatan e-ticketing boleh membuka kaunter mereka sendiri di terminal itu.
"Kami akan menyediakan kaunter untuk pengusaha bas yang ada e-ticketing, manakala pengusaha yang tiada perkhidmatan itu akan diambil alih oleh pihak pengurusan TBS-BTS," katanya.
Sementara itu, seorang pengguna, Mohd Akmarizal Sharani, 33, ketika ditemui Bernama berkata pengurusan TBS-BTS sudah menyediakan kemudahan bertaraf kelas pertama yang menjadi satu mercu tanda kemodenan sistem perkhidmatan awam di negara ini.
"Kita janganlah menjadikan terminal ini sebagai projek gajah putih kerana dengan terminal ini semua pengguna akan rasa lebih selesa dan selamat," kata pekerja syarikat itu yang sering menggunakan bas untuk ke tempat kerjanya.
Terminal itu diuruskan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) dan Maju TMAS yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac ini.
Tarikh pemindahan operasi bagi bas ekspres laluan selatan ke TBS-BTS dilanjutkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) sehingga 1 Mac ini untuk memberi lebih banyak masa pengusaha bas memindahkan operasi mereka dari TSBJ ke sini.
Teminal setinggi enam tingkat dengan kos RM570 juta itu dibuka awal bulan ini dan dilengkapi dengan 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta termasuk kawasan letak kereta khas untuk wanita.-Bernama
p/s: jd gak ke pindh sni dlm mse tdkt...em..utk 1st pnglmn ku artu agk mnyusahkan la...
bygkn la nk bli tket je hmpir 10-15 mnit gak...
ngn nk mtk tu,nk mtk ni...
pstu kna trun 30 mnit sblm...then tggu nye tggu xsmpai gak....
hrp2 lps smua pindh ni,xde la mslh klewatn cm dlu lg..
n spttnye diorg upgrade cara utk semak tiket ble da kt bwh,tmpt mnunggu tu...
tp kt sni mmg ok ar,bsr...
No comments:
Post a Comment