Friday, January 29, 2010

SlMt BrCUti.....;-D

Slmt Mnymbut Ari Thaipusam
sape2 yg smbut la kn...
;-D
n slmt brcti utk wilayh n KL
hehehe
Hari Wilayah kn.............

msti jem nye blik ni....
td mse naik bas pn,
pnye rmai yg bwk beg
nk blik kg.....

mgu ni xbz sgt la..
ade la kje2 biase...
tp tu la tgh sbuk utk bngkel mgu dpn...
last mnit kn...
tau je la cmne

n td ku br dpt sjil induksi...
sdg kn kwn2 ku yg lain kbyknnye dh dpt lg awl da...
tp at least dpt n LLUS...
n BTN pn alhmdullilh...

bdk2 umah ku awl2 da blik...
dr ari khmis lg da blik...
tgl la 1org tu kn...
hihii
tp xpe,die ade tman nnt..

em..ape lg ek..
xde cte ar...
cm biase je...
hihihi
xde idea ar...

Thursday, January 28, 2010

Anduka Taruna perlu mohon maaf di depan hakim, keluarga Diraja Johor: Rais

KUALA LUMPUR: Penulis blog, Anduka Taruna, yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, perlu membuat permohonan maaf secara formal di hadapan Hakim Mahkamah yang akan membicarakan kesnya kelak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata blogger itu juga boleh memohon maaf secara formal kepada keluarga Diraja Johor sendiri.

"Jika seseorang itu ingin memohon maaf mereka boleh buat secara formal di mahkamah adalah satu faktor mitigasi di mahkamah. Memohon maaf kepada keluarga diraja pula soal di luar undang-undang, (dan) terserahlah kepada budi bicara pihak diraja berkenaan sama ada menerima atau tidak. Tetapi lunas undang-undang tetap harus berjalan," katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.


Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Isnin lalu dan direman selama empat hari untuk pihak polis menjalankan siasatan.

Dia kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikel yang dipersoalkan itu.

Rais sebelum ini berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

"Di bawah Seksyen 233, seseorang yang menghantar mesej ataupun seseorang yang menggunakan bahasa, menggertak atau menggunakan kelucahan atau menyakitkan hati ataupun sabit dengan perlakuan yang boleh dikaitkan dengan hasutan, kesemuanya ini boleh dikemukakan oleh pihak yang mendakwa supaya kes tersebut dibawa terus ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata, sejumlah 352 kes sudah disiasat oleh SKMM sepanjang tahun lepas dan dari angka tersebut 13 pertuduhan telah dibawa ke mahkamah, sama ada kerana kesalahan mengikut Seksyen 232 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kes-kes yang dikompaun ialah 38 dan jumlah denda atau kompaun yang diterima ialah RM460,000, manakala kes yang masih dalam siasatan ialah 174 dan kes yang memerlukan siasatan lanjut atas arahan timbalan pendakwa raya ialah 36.

“Sejumlah 88 kes pula sudah ditutup oleh pendakwa raya atas sebab-sebab tertentu, sama ada tidak cukup bukti ataupun atas budi bicara jabatan berkenaan,” katanya.

"Ini termasuklah kes-kes di mana mereka yang telah terbabit mungkin telah memohon maaf ataupun dalam kes-kes tertentu pula didapati bahawa barang-barang yang disiasat itu tidak dapat menimbulkan pembuktian yang jelas.

"Jadi kesemua ini menunjukkan bahawa bidang bagi seseorang itu memohon maaf secara formal memang ada dan digalakkan tetapi itu hanya boleh dibuat semasa mitigasi hadapan dengan hakim atau pihak yang menghakimkan kes-kes tersebut dan juga sekiranya diterima oleh pihak-pihak tertentu seperti kes blogger yang membabitkan pihak diraja kita di Johor," katanya.

Rais berkata, SKMM sudah diarah untuk bertindak tegas dalam menangani perkara itu selain menjalankan siasatan secara adil dan objektif. - Bernama

Tuesday, January 26, 2010

260110

hehe..
sorg2 da umo 22 tu...
yg sorg lg tu da ade 'geng' la kn...
;-p

ye2 ktorg wt plan ni..
kre brjye gak la...
cme yg wt utk 'tkut' kn die tu xbrp nk mjdi...
last2 plan B je la...
dpn2 je...
hehehe
ngn 'surprise' 1 lg...
yg tu pn die xtau gak....
;-p

pstu pgi ni smua mngntuk...
cm biase la kn...
tp yg best nye arni...
bos ku ade pgi je...
n ptg ni ktorg ade 'progrm'
hihihihihi
smlm gji kn...

n
ak dgr 1 gak
pgi td jpa wt pjmpaan gn pa2 jpa
kira psl gji...ntah cmtu la lbih krg...
yg cnfirm nye xsure...

pstu psl rsult induksi..
smua dh kcoh....
diorg dh dpt sjil...
apsl tmpt ku msti lmbt..
huhuuhu
td nsib la yg rsult btn leh cek sndiri
alhmdullih llus...........
cme nk tgu induksi je ni...
diorg ckp smpai 3 sjil...
byk tu..hehe
kn bgus dpt cpt2............

Penerbit AJL24 Minta Maaf, Unsur ‘Freemason’ Bukan Dirancang

"Kenapa pula saya nak rancang benda tu (unsur Freemason) kerana ia tiada kena-mengena dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24,” soal penerbit Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam ketika dihubungi berhubung isu set pentas AJL24 yang dikatakan mirip kepada gerakan Freemason dan Illuminati.

Dakwaan ini tercetus ekoran pendedahan yang dibuat dalam blog milik seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan, Mohammad Sufian Talib, 22, mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang majlis itu berlangsung pada 10 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Blog jejakitinggalanrasul.blogspot.com itu menunjukkan bukti-bukti gambar gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan banyak mempunyai persamaan dengan set pentas program yang ditonton oleh 4.6 juta penonton itu.

Bagi Gbam, mungkin semua perkara itu berlaku secara kebetulan. Tambahnya, persembahan opening dan interlude sahaja yang dirancang oleh TV3, sebaliknya untuk persembahan artis datang daripada idea mereka sendiri.

“Mengenai pakaian Datuk Siti Nurhaliza, tiada kena-mengena dengan kami kerana kami hanya memberitahu konsep kepadanya.

“Saya rasa mungkin sebab program ini dilihat oleh ramai penonton dan dikatakan sebagai event of the year...mungkin satu kebetulan. Kita tidak ketengahkan unsur anti-Islam,” jelas penerbit yang pertama kali menggalas tanggungjawab itu setelah mengimpikan untuk bergelar produser AJL sejak 10 tahun lalu.

Dalam nada kesal, Gbam berkata blog itu tidak patut menyebarkan dakwaan negatif seperti itu terhadap majlis yang bertemakan Music Unfolds itu.

“Tak baik orang tuduh saya dengan mengatakan penerbit tidak sensitif dengan agama Islam. Kalau perkara ini dirancang, saya nak tahu siapa ‘mastermind’ dia kerana tak masuk akal juga,” tuturnya.

Walaupun sebelum ini Gbam pernah mengatakan dia sanggup turun ke persada Hollywood seperti menyaksikan persembahan American Idol secara langsung untuk mendapatkan idea, namun tidak semestinya dia meniru bulat-bulat konsep yang diterjemahkan dalam program itu.

Katanya: “Saya hanya melihat cara mereka menyusun kedudukan kamera, lampu. Kalau saya meniru konsep persembahan seolah-olah kreativiti itu telah saya copy dan paste.

“AJL24 melibatkan satu produksi yang besar dan dipecahkan kepada bahagian masing-masing. Misalnya, team pakaian, team baju, dan artis pun ada team mereka sendiri.”

Beberapa kali Gbam menegaskan yang konsep yang mirip gerakan Freemason dan Illuminati itu bukan dirancang dan ia berlaku secara kebetulan.

“Mungkin ia adalah satu kebetulan. Saya pun tak tahu sangat pasal Freemason. Yang saya tahu, ia pernah ditonjolkan dalam filem dari Hollywood tapi saya tak ‘gila’ untuk merancang perkara seperti itu.

“Mungkin ia satu kebetulan. Bukan saya tak sensitif. Tetapi pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dan sensitif. Secara tak langsung saya nak minta maaf juga.

“Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Menurut sebuah akhbar, Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan.

Antara yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Siti.

Sufian juga berkata: “Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

“Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ yang merupakan simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.

“Anda mungkin tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.”

Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet.

- MSTAR

JPA Nafi COLA Dan ITP Ditarik Balik- sumber BERNAMA

PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.

Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam.

;-D

Saturday, January 23, 2010

SbUK mnGEMAs............

pnt da duk mngemas....
dr dpn ke dpur ke blik...
hehe...
nsib la ade pmbntu gak..
wlaupn diorg tlg skit je kn..
;-p

tp ok ar,puas ati gak
nmpk cm bsr skit ar umah...
tp lg best,klau xde brg kn...
tp nk wt cmne...
umah klau xde brg..
jd ape plak kn....
hahahaha

pic nnt 2 la eh...
;-p

SulTAN MANGkat....

Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77 di Hospital Pakar Puteri pada jam 7.15 malam tadi disambut penuh dukacita seluruh rakyat.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, membuat pengumuman secara langsung melalui siaran TV pada jam 11.25 malam pada sidang media khas.

Upacara Pemasyhuran Pemangku Raja, Tunku Ibrahim Ismail sebagai Sultan Johor akan disempurnakan di Istana Besar sebelum upacara pemakaman berlangsung.



Abdul Ghani berkata, jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Besar, Istana Besar Johor. Jenazah Almarhum akan diarak ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, dekat sini pada jam 1.30 tengahari. Perjalanan mengambil masa 1 jam 20mnit


.:.
- Merupakan Sultan Johor ke 4.

- Beliau dimasukkan ke hospital mulai ari Khamis.

- Perintah berkabung diisytihar 7 hari mulai hari ini

Al-FatiHaH utk almarhum....

Wednesday, January 20, 2010

2012010

arni xar bz sgt kn...
tp da ptg ar br ade kje....
biase cmtu ar kn...
huhuuhu

bhgian ku tgh kcoh ngn ni,ngn pgwai tu,ngn ni...
ei,mcm2............
knp la ek...
xbleh ke klau aman je...

td pgi2 nk lintas kt dpn jln msuk tu,
bleh plak kna thn ngn polis...
die ckp lintas dpn eh...
mne mau lintas kt dpn tu,
roundabout tu,lg jem...
ku ngn bdk sblh tu,nk lintas kt mne ek..
xpe,kte lintas je kt stu...
hehehe...
nsib la keta2 baik ngn ktorg...
hihihi

td bgun smua dak umah ngntuk je...
ye ar,smlm da wt 'operasi'
dlm kul 1 bru smua nk tdo....
mne xnye, 11lbih smua dh tdo,
lps tu 20 mnit sblm kul 12 da kna bgun...
hihihih

yg sbnrnye..bthday 1 org dak umah ku ni...
da 22 dh umur die...
da naik 1thun usia die...
da 'tua' antara ktorg...
hihihihihihi
pkwe nye dtg ngn mmbr die...
mmbwa kek...
stlh brpakat ngn ktorg...
;-p
lme gak ar nk tgu diorg abis mkn..
pdhl dak umah smua da ngntuk..............
em...thn je la...
lps da blik je diorg,
smua kms lju2...
n tdo...
ye ar,arni nk kje kn....
tu yg pgi2 ni,smua ngntuk je...
ehehhehe

Tuesday, January 19, 2010

BriTA TERkini..hehe...slit skit

Along, Zila disatukan


SETAHUN sebulan mengikat pertunangan, Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, atau lebih dikenali sebagai Along Raja Lawak dan pasangannya juga bintang AF4, Nur Azilah Seeron, 21 (Zila), akhirnya bakal disatukan sebagai suami isteri yang sah, Sabtu ini (23 Januari).

Katanya, dia sudah bersedia melangkah ke satu fasa kehidupan yang baru dan memikul tanggungjawab sebagai suami.


"Alhamdulillah, segala persiapan berjalan dengan lancar baik sebelah Zila mahupun saya. Sekarang ini tunggu masa untuk diijabkabulkan. Memang keputusan saya untuk melangsungkan perkahwinan ini mendapat pelbagai maklum balas ramai khususnya teman-teman.


"Ada yang kata saya masih muda dan kerjaya baru hendak naik, tidak bimbangkah populariti jatuh apabila sudah berkahwin kelak. Memang tidak dinafikan kata-kata mereka itu ada benarnya dan kita boleh ambil contoh dari kehidupan ramai selebriti sebelum ini.


"Bagi saya perkara yang baik mengapa harus dilengahkan. Lagipun, sejak bertunang rezeki saya bertambah murah berbanding masa solo dulu. Ini pada saya satu petanda yang baik selain percaya setiap orang yang ikhlas bekerja akan mendapat rezeki setimpal.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang percaya hasil kerja saya seperti Harian Metro memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan program Gempak Santai Harian Metro. Tanpa peluang seperti ini mungkin kehidupan saya tidak selesa seperti hari ini," katanya.


Kata Along, majlis pernikahan mereka akan diadakan di masjid di Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, sekitar jam 10 pagi diikuti majlis persandingan bermula jam 12 tengahari di kediaman keluarga Zila. Majlis persandingan sebelah lelaki akan diadakan di Dewan Serbaguna, Johor Jaya pada 14 Februari, jam 8 malam yang jatuh pada sambutan Hari Kekasih serta Tahun Baru Cina. "Persandingan sebelah Zila berkonsepkan hitam dan hijau. Kami amat berbesar hati apabila Elyns Collections sudi menaja sekali gus menjadi perancang perkahwinan untuk majlis berkenaan.


"Sementara persandingan sebelah saya dengan tema moden Inggeris tajaan Adly Bridal dan LC Catering. Ia diadakan jam 8 malam dan majlis ini mengundang keluarga, rakan artis dan teman media yang rapat," katanya.


Berhubung wang hantaran, Along menambah, RM17,000 yang diberikan kepada Zila bukan kerana status tunangannya itu sebagai artis sebaliknya harga seorang wanita perlu dipandang tinggi bersesuaian keadaan semasa. Pasangan ini juga menetapkan dulang hantaran sembilan berbalas tujuh.


"Barang sekarang ini semuanya mahal. Hantaran yang diberikan untuk kegunaan majlis perkahwinan juga," katanya.


Mendedahkan rahsia mengapa Zila begitu istimewa di hatinya, Along berkata, selain memiliki paras rupa menawan, Zila yang menjadi tunangannya pada 9 November 2008 itu seorang wanita yang sangat ringkas.


"Kesederhanaannya memikat. Bayangkan emak saya yang agak cerewet pun boleh tertawan dengan sikap Zila. Memang dia artis tetapi Zila berasal dari kampung dan setakat kerja-kerja dapur ini memang sudah menjadi mainan dia.

"Orang tua kalau mahu cari menantu, pasti hendak tengok teman wanita anak pandai buat kerja dapur atau tidak. Paras rupa itu mungkin ukuran bagi si anak. Jadi pada saya, Zila melengkapi segala ciri yang dicari," katanya.

Along yang turut menjayakan filem Adnan Sempit sedang ditayangkan di Pawagam sejak 14 Januari lalu, sempat memaklumkan tarikh 23 Januari itu dipilih sebagai meraikan ulang tahunnya yang ke-27.


"Pada 19 Januari saya akan menyambut ulang tahun yang ke-27. Ingatkan mahu melangsungkan perkahwinan pada hari berkenaan tetapi ia jatuh pada hari biasa. Justeru, kami anjakkan pada tarikh berdekatan.


"Bakal disatukan sebagai suami-isteri bersama Zila adalah hadiah paling bermakna dan berharga sepanjang meraikan ulang tahun saya," katanya.

BLur............

da xde idea ar nk cte....
kje cm biase gak.......
bnde brlku cm biase gak..
nnt la cri idea lg eh...
hihihi

umah ku kt kg...
bsr2n rnovate ni...
hihihiihi
xde la rnovate ape pn....
tp tkr jubin je ar + skit2...
tp byg kn la,dr bhgian ttntu je nk tkr,
ttbe je hmpir ksmua skli wt...
fuh..........bleh thn ar...
tp xde gmbr ar plak....
sbb ku pn xtgk lg...
;-p
abg ku pn bkn nk bg gmbr lg kn....
hikhikhikhik
xpe ar,ujg mgu ni nkn blik gak kn.........
tgk je ar sndiri..............
da hmpir 3mgu umah tu, wt 'projek' scara bsr2n...
hihihihi

Friday, January 15, 2010

da ari ke 15 pn...kjp je ek...

da stle da kje ku...
tp xtau lg la,
klau xde sbrg pmbtulan kn...
ku dh bg die tgk....
ape yg die bg kje smlm ptg kul 5..
tgu je la cmne...nnt dh stle,leh bg bos sain...

td ade rusuhan ke ape ek rsenye...
rmai FRU,polis ade kt dpn pntu msuk ofce....
diorg cm main kjr2 plak...
hihihi
ye la,dr 1 kmntrian ke 1 kmntrian...
nmpk gak la,polis pgg tgn die...
cme xambik gmbr je...
hikhikhik...tkut ar...
kang xpsl2 je.....

mla2 cm xtau gak,trpinga2 gak....
tgk je la mla2 ape yg brlku kn...
upe2 nye psl pmilihan di IPTA...
tu da biase ar tu kn...
thun lps pn cmtu gak...
thun ni psl e-vote MPP di IPTA mllui on9...
tu yg rmai xnk...tu yg anta mmorndum tu...
biase ar tu kn.....
mcm2....

arni mndung je...
ye ar..kata arni grhana mthri kn....
ya allah...
mcm2 nye...

Thursday, January 14, 2010

bz......

da ptg2 br nk ade kje...
hehe...
kje ku yg bru...
nmpk je sng...
tp ssh gak ar..
cmne tu...
kna pk ayt la plak...
ei mcm2...

4 sharing - tips pnjagaan MATA utk kita yg mnghadap PC

1. Pilihlah monitor yang berbentuk LCD/plasma sbb monitor ini dipercaya lebih baik daripada monitor model lama.

2. Jagalah jarak mata anda dengan monitor komputer. Jarak paling ideal antara mata dan monitor adalah 30 cm.

3. Adjust monitor sejajar dengan mata, jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi. Adjust sehingga kita rasa selesa dengan posisi antara kepala (mata) dan monitor.

4. Adjust warna pada monitor sehingga sedap dipandang mata, tidak terlalu terang sbb ini menyebabkan mata menjadi silau. Juga jangan terlalu gelap sbb akan menyebabkan mata bekerja terlalu keras sehingga membuat mata menjadi cepat kering.

5. Adjust screen refresh rate menjadi 75 htz..caranya jika anda pakai windows XP klik kanan pada desktop-properties-setting-advanced-monitor-lihat kolum screen refresh rate, atur menjadi 75 htz.

6. Selalulah kedipkan mata, sbb dengan mengedipkannya, mata akan merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata yang berfungsi membuat mata menjadi lembab. Jika perlu, mata yang kering dititiskan ubat (eyemo?) untuk membuatkan mata selalu dalam keadaan lembab.

7. Boleh gunakan cermin mata khas utk pengguna komputer (works like computer filters)

8. Perhatikan cahaya di sekitar ruangan tempat menggunakan komputer. Usahakan ruangan yg cukup cahaya. Elakkan menggunakan komputer di ruangan yang gelap (tidak cukup cahaya).

9. Setelah penggunaan komputer dalam jangka waktu yang lama, istirahatkan mata minima 15 minit. Jenguk2 mata ke tempat lain (daripada monitor) untuk menyegarkan mata. Usahakan untuk melihat objek yang berwarna hijau seperti daun/pokok. Menurut para pengkaji, warna hijau mampu membuat mata kembali segar.

10. Perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin A (sayuran hijau) atau yg mengandungi beta-carotine (from veggie/fruits yg berwarna kuning) krn bagus utk mata. . Sila rujuk doktor mata jika terdapat gangguan pada mata.

Monday, January 11, 2010

11-1-10

cjuk............
angkt kain di jemurn,ujn dh trun....
hihihi........................

arni pgi ku rlex skit....
hehe
cme ptg je,bz skit...........
kna jga org ats kn...........

10-01-10
cntik gak tarikh ni............
hehehe....
dsbb kn trikh ni la,ari AJL dpilih utk dilangsungkn...
ntah ape2 ayt ku...
;-p
da tau sape pmenang nye kn....
thniah la kpd Aizat,Yuna,Faizal Tahir,Black n Aizat lg...
hihi
ye ar,die mnang 2 kali kn....
die tlh mnggUNGGULI AJL yg ke 24 kn..........
ngn lagu Pergi,Aizat menang.............

wa..kt ptrjaya ni nk wt maraton malam ptrjya...
mlm2 tu nk wt...
xprnh2 ek...
nk mla pd 6feb ni..
sjauh 42 km,16 stesen...
ntah psing mne ar..
ade brita kt ruangan variasi-hati, hmetro.com.my

Friday, January 8, 2010

JuMaaT da!!!!

arni ku rse gmbira gak ar...
sbb akk tu xde...
hihihi

die kna g JB...
ade mjlis...
tp sblm g tu,smpt die gtau smua org die nk g sane...
n tlg tgk2 kn bos...
cm la ku ni xde kt sni...
ei,xfhm ku....
nsib la awl gak die g...
hihihi

n arni kje cm biase..
esk da cti...
hehe..best nye..........
mgu ni pnt ar...........
pnt ngn dgr mlut org n skit ati n germ............

MaKLUmat TERkini...


SuRAT di BH

- www.bharian.com.my


jumaat, 8 Januari 2010

Tanggungjawab Pembantu Khas bukan menaip semata-mata

khamis, 7 Januari 2010

(1) Diploma Sains Kesetiausahaan diiktiraf

(2) Penyelarasan skim PA tak wajar dipertikai

(3) Bebanan tugas setimpal elaun


menjawab surat di BH Rabu, 6 januari 2010
dari PTPO diPutrjaya...



di WEB http://www.jpa.gov.my - jumaat,8 januari 2010

Satu Perjumpaan Diantara Ketua Perkhidmatan Dengan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N22 Akan Diadakan Pada 11 Januari 2010 Jam 2.30 petang Di Auditorium Aras 4, Blok C1, JPA Putrajaya.

.;.xabis2 lg rpenye isu ni....

Thursday, January 7, 2010

ntah ble la isu ni nk abis....

nsib la arni ku krg sgt alami ape2....
ye la,1/2 ari kna jga kauntr kn....
tp cm biase la kn,
ntah esk lusa cm biase ke....
xtau la...

kes ni kcoh smpai ade sorg PTPO hntr surt kt BH
luah kn rsa xpuas ati tntg gred tu....
n arni SUP N27 mmbalas ngn pnuh br hemah...
hihi..bleh thn la eh...
ngn 3 org skli mmbls surt trsbut di BH...
at least org rmai tau skop tugas...
cme..............................
yg ku tgh alami skrg...
smpai ble la,staf ku nk sdr....

utk cte smlm,
yg pnch card ilang...
akhirnye tlh ditemui...
klau nk tau di MANE kah jmpe...
di DALAM laci PGAWAI tu sndiri..
hihihihihi
tgk..ku xwt ape2 pn.................
n ble tau ku tau,ku dgr die ckp
jgn la mrh die n kte xtduh leha pn............
ala,tlgla mcm la kte xtau kn....................
ALLAH dh tnjukkn................

tp utk PNERIMAAN msih lum ketara lg yg ku nmpk.......
msih cm biase je lg ku tgk....................
keadaan ku ttp cm tu gak..........

cONTEst BaRU puLAK !!!!!




http://kameraxburuk.blogspot.com/2009/12/contest-baru-pulak.html

Click gmbr di atas utk tau lbih lnjut tntg CONTEST ni...


Tarikh TUTUP: ujung bulan 1
TEMA contest: Hitam Putih







hehe....
lyn je la gmbr tu ek....;-p

Wednesday, January 6, 2010

CaBARan HiDUp............

mcm biase msih btrusn spt biase....
n arni ku mjwb...........

ku da siapkn tugas pnch card ak..
ku da bg kt EO,pgi lg ku dh bg...
die ckp bgus EO bru ni...

pstu td tghri,pnch card tu ilang,
die cll ku,n cm biase gnakan gred 'tu'
ku g tmpt die..
ku trus jwb,sy dh ltk kt mja pn ngn lporn nye skli...
mne sy tau...
ttbe pgwai sblh plak yg lbih2,
ku jwb gji pn xdpt lg n xbyk mne pn...
ku tgk mja diorg,xde je ku blah je..
mls nk cri...
nk slh kn ku la tu...
die sndri da nmpk ku bgi,
pstu nk ckp ku yg slh la...
ntah mne die ltk,ntah sape yg dh ambik.........
tu la blsn nye kt die kn...
tp yg last,ku yg pgg...

diorg ni xgeti pnt ke ek............

Tuesday, January 5, 2010

AvATaR..

LOS ANGELES: Filem epik fiksyen sains, 'Avatar' mencatat kutipan lebih satu bilion dolar hujung minggu lalu, sekali gus menjadikannya sebagai kutipan tertinggi setakat ini.
Kutipan tinggi itu dipercayai dipengaruhi oleh cuti panjang hujung minggu lalu dan harga tiket filem 3D yang lebih mahal.

Ala..kt Malaysia xtau plak kutipan die brp..
hihihihi

tp cte ni best ar...
smpai bdk2 umah ku tr ikut2 ape yg watak tu lakon kn...
hehehehhe

huhuhuhuhu

arni ade lg.......
huhu
smpai2 je pgi,ku dh tdgr akk ni bork kt hp ngn pgwai llki tu...
die ckp,ape2 bos akn tnye die dlu,ape2 msti ngn die...
msti la ngn yg duk dpn ni...
ei..tlg la...ingt ku heran sgt ke...

td pgwai tu cll ckp,
bleh ckp ngn gred 'tu'........
pstu mse tu,ku angkt tlfn,
pstu die glak2...
ape mslh diorg ni...

yg pgwai lain plak,sy nk PA la...
pstu pgwai td ckp awk nk ape PSP ke SUP...
SUP,leha ade....
asyk prli je...

Monday, January 4, 2010

mcm2 ar....

em...........
ni ngn pgwai tu plak...
mcm bsr sgt je gred...
die ckp ngn pgwai tu..........
hormt skit ngn leha tu.....
ei...tlg ar..
die ckp ngn pgwai tu...
mmg la,pgwai tu ok...
ok ngn ak,ok ngn die...
tp xyh ar ckp cmtu....
ku xprlu kn smua tu....

die ckp,xpe...
ku leh wt...........
da naik gred kn...........
bleh wt smua nye......................

knp ari 1 da brmula ngn mcm ni...............

huhuhuhuhuuhhuhu.....ari 1 kje 2010 da mcm2...........

BrU ari 1 kje utk tHUn 2010...
mcm2 dh kna...
ingt kn dpt la wt yg trBAik utk arni..............
huhuhuhu

pgi2 smpai da kna....
aPe yg Ku tlh laku kan ek???
ade je yg xkna....
ape yg ku wt sntiase dprhatikan.......
ape yg ku wt sntiasa dperkatakan........
jgn disangka yg rpt n pNDiam tu baik...................
huhuhuhu
lg2 la ngn knaikan gred.......
fuh...lg 'brDEsing' telinga ku kna...
lg mnYDiHKn ku lg ade ar...........

skit2 sbut knaikn gred tu........
lps ni kna wt la kje crgas2 skit,
xleh slow2............
o..nk ckp ngn gred 'tu' eh..........
ye la..gred 'tu' kna duk dpn skrg..........
mCM2........................

pstu td ak jmpe pgwai tu........
die pn cte kt ku la...
yg mmg sLMe ni....
ku mmg sllu DPERKATA kn oleh staf ku..........................
;-(
die ckp cte psl awk,kjp je da smpai sna........
cte psl bju la n ETC
smua kt sana tau................
kdg2 sy plik gak...cte psl bnde2 kcik pn nk gtau ke...
ku ckp sy dh lali pn...
tp tu la nk wt cmne kn...
ssh nk puas kn ati ssorg...................
huhuhuhuhu
cte psl ku,sklip mata je smua tau................

lg2 ngn skrg ni.............
skit2 sbut 'tu'.........................................
nnt print eh pkeliling tu...........
ngn xde thniah ape pn...
ku mmg x expect ngn xbhrp pn utk sbrg ucpn...
TP at least,xyh ar ckp cmtu...

ble dpn ku,xnk plak ckp ape2...
cme ckp cmtu je...
cbe gtau ku....
ape mslh ku,ape mslh die....
ni................................................................
org lain lg gtau psl ku......
cte psl ofce ni,ku dgr2 dr org lain je...
ape slh nye share ngn ku..................................
nme nye duk 1 blik............................
TP..........................................................
ntah la...............................................
ku xfhm............
ape yg die xpuas ati ngn ku.....................

ape yg ku PRLU laku kn......................................

Saturday, January 2, 2010

SlMt ThUn BaRu 2010!!!

hihihi...
wlaupun tlmbt skit wish kt sni kn...
;-p
da msuk ari ke 2 dlm thun 2010 da
kjp je kn...

ari isnin da mula sesi prskolahn yg bru...
da lme nye tggl kn zmn prskolahn kn...........
;-p
kjp je mse brllu........huhu
n utk yg bkrja ari isnin adalah ari 1 utk bkrja bg thun 2010...
;-D

jd,cmne la ngn thun 2010 ni ek...
kte mulakn prmulaan yg bru ngn azm,hrpn n tggpn bru........
tp tu la...sbnrnye azm xsmstinye dimula kn pd thun bru je...
sbb kdg2 ade yg ssuatu azm yg kte nk wt,xtcapai kn...
;-p
cme biase nye ble thun bru,mla la nk psg azm bru kn...
tu trpulang kt diri ssorg.......

thun bru 2010 dkjutkn dgn 1 brita yg mmg dinanti2 kn la jgk..
sbb,cte ni mmg da lme la di hboh kn...hehe
cme br tr'makbul' jgk akhirnye...
31hb 12 ari kcoh sdunia...;-p
kcoh la gak kn,wlau pn kjp....
da kuar pkeliling bru,tntg gred ktorg..
aLHamduLiLLah la gak kn dgr brita tntg tu...
amIIn...
;-D

stlh diprhatikn,knp ek spjg 3 mgu ni...
ari jmaat mrupakan ari2 yg brmakne........
antarenye spt Awal Muharam, Tahun Baru n Krismas la...
Krismas tu xla br mkne sgt utk kte kn..
hehe..
xla,mksud nye utk umat Islam la kn...
em..ade ape2 tnde ke eh...