Saturday, January 23, 2010

SulTAN MANGkat....

Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77 di Hospital Pakar Puteri pada jam 7.15 malam tadi disambut penuh dukacita seluruh rakyat.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, membuat pengumuman secara langsung melalui siaran TV pada jam 11.25 malam pada sidang media khas.

Upacara Pemasyhuran Pemangku Raja, Tunku Ibrahim Ismail sebagai Sultan Johor akan disempurnakan di Istana Besar sebelum upacara pemakaman berlangsung.



Abdul Ghani berkata, jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Besar, Istana Besar Johor. Jenazah Almarhum akan diarak ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, dekat sini pada jam 1.30 tengahari. Perjalanan mengambil masa 1 jam 20mnit


.:.
- Merupakan Sultan Johor ke 4.

- Beliau dimasukkan ke hospital mulai ari Khamis.

- Perintah berkabung diisytihar 7 hari mulai hari ini

Al-FatiHaH utk almarhum....

No comments: