Harap2 xde lg la..huhuhu..
Mne xnye 27 org mninggal dunia..22 org penumpang mati di tempat kejadian n 5 org lg meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.
Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang semalam.
Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.
Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.
Semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan. Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.
Polis kini menjalankan siasatan terhadap identiti mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran di Simpang Pulai-Cemeron Highlands, semalam apabila dua nama dalam senarai awal didapati masih hidup. Polis kini menjalankan siasatan terhadap identiti mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran di Simpang Pulai-Cemeron Highlands, semalam apabila dua nama dalam senarai awal didapati masih hidup.
Kedua-dua mangsa berkenaan cedera dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ipoh di sini.
No comments:
Post a Comment