Thursday, November 18, 2010

wa...brite mnarik ni...KSU baru KPT...

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan, Pengurusan dan Transformasi), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Ab Rahim Md Noor, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi yang baru mulai 25 November ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dalam satu kenyataan di sini hari ini mengumumkan pelantikan Ab Rahim itu bagi menggantikan Tan Sri Dr Zulkefli A Hassan yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi pada 24 November ini.
Ab Rahim, 53, berkelulusan Sarjana Sains Polisi dari Universiti Saitama, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Geografi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau memulakan perkhidmatan dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 9 Januari 1984 dan antara lain pernah menjadi Pengarah Unit ISO9000 MAMPU; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Putrajaya.

Mohd Sidek turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Zulkefli atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada Perkhidmatan Awam dan negara selama 36 tahun, terutama sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi. - BERNAMA

p.s: mknenye lps ni nk tggu TKSU(B) la nmpknye..
sape la kn...

No comments: