Tuesday, December 3, 2013
Monday, December 2, 2013
pelakon fast & furious - paul walker

Pelakon filem 'Fast & Furious', Paul Walker telah terkorban dalam
kemalangan jalan raya yang berlaku di Santa Clarita, Selatan
California, Sabtu lalu.
Porsche Carrera GT yang dipandu oleh rakannya telah hilang kawalan dan
melanggar tiang lampu dan pokok sebelum terbakar dan meletup.
Paul turut disahkan berada di tempat duduk penumpang dan ketika mereka
tiba di tempat kejadian, Paul berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Rakan-rakan dan pekerja-pekerja Paul cuba menyelamatkannya daripada terperangkap dalam kebakaran kereta tersebut namun gagal.
Punca utama kemalangan masih belum jelas namun pihak polis tidak menolak kelajuan menjadi punca utama.
Paul yang berusia 40 tahun telah meninggalkan anak perempuan berusia 15 tahun, Meadow.
Labels:
akhbar
Misteri kematian 3 beradik
Kematian tiga beradik dari Alor Semela, dekat sini diselubungi misteri
apabila mayat kakak mereka ditemui dalam keadaan hanya bercoli,
kira-kira 24 jam sebelum mayat dua adiknya pula ditemui terapung dalam
tali air 1 kilometer dari situ.
Mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap di kawasan sawah terbiar di pinggir Sungai Tajar, Alor Senibong, lebih 10 kilometer dari rumah mereka di Alor Semela, jam 3.45 petang kelmarin.
p/s: kesiannya..
Mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap di kawasan sawah terbiar di pinggir Sungai Tajar, Alor Senibong, lebih 10 kilometer dari rumah mereka di Alor Semela, jam 3.45 petang kelmarin.
p/s: kesiannya..
Labels:
akhbar
Subscribe to:
Posts (Atom)