Thursday, April 13, 2017



Kulit menggelupas. Nanah kering sebesar syiling 50 sen bertompok-tompok di pipinya. Masih ada bahagian kulit yg kemerahan, berlendir. Ada yg baru nak naik bintik, persis jerawat. Tapi bukan jerawat

Tretinoin adalah sejenis bahan yang digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi ianya sangat kuat. Kuat dari kesan sampingannya.

Kesan tretinoin yg cukup kuat ini menyebabkan ubat ini biasanya hanya dipreskripsi oleh doktor pakar kulit.

Dan pakar kulit sendiri pun apabila mahu memulakan rawatan dengan ubat ini pesakit perlu menandatangani persetujuan bahawa sekiranya ditakdirkan pesakit mengandung ketika menjalani rawatan tretinoin, dan berlaku kecacatan kepada janinnya, doktor pakar kulit ini tidak akan dipertanggungjawabkan. Maksudnya pesakit bertanggungjawab mengambil langkah-langkah pencegah kehamilan sepanjang menjalani rawatan dengan ubat ini


Masyallah!!
Subhanallah
Semoga kte semua dijauhkan dari perkara yg tak elok


#gunalahprodukygselamattanpabahanmerbahaya

No comments: