Kulit
menggelupas. Nanah kering sebesar syiling 50 sen bertompok-tompok di pipinya.
Masih ada bahagian kulit yg kemerahan, berlendir. Ada yg baru nak naik bintik,
persis jerawat. Tapi bukan jerawat
Tretinoin
adalah sejenis bahan yang digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi ianya sangat
kuat. Kuat dari kesan sampingannya.
Kesan
tretinoin yg cukup kuat ini menyebabkan ubat ini biasanya hanya dipreskripsi
oleh doktor pakar kulit.
Dan
pakar kulit sendiri pun apabila mahu memulakan rawatan dengan ubat ini pesakit
perlu menandatangani persetujuan bahawa sekiranya ditakdirkan pesakit
mengandung ketika menjalani rawatan tretinoin, dan berlaku kecacatan kepada
janinnya, doktor pakar kulit ini tidak akan dipertanggungjawabkan. Maksudnya
pesakit bertanggungjawab mengambil langkah-langkah pencegah kehamilan sepanjang
menjalani rawatan dengan ubat ini
Masyallah!!
Subhanallah
Semoga kte semua dijauhkan dari perkara yg tak elok
#gunalahprodukygselamattanpabahanmerbahaya