Kerajaan Selangor semalam memutuskan dua kamera Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu ditutup mulai esok.
Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat
selepas Kementerian Pengangkutan tidak memberi maklum balas terhadap
surat dihantar pihak berkuasa tempatan menuntut kementerian itu mematuhi
prosedur pemasangannya.
“Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) sudah menulis surat
kepada Kementerian Pengangkutan tetapi mereka tidak menghiraukannya.

“Kami sudah selesai fasa pertama iaitu menulis surat, dan
selepas ini akan menutup kamera itu supaya ia tidak berfungsi dan jika
masih tiada permohonan pembangunan dihantar kementerian dalam masa 14
hari, kami akan membuat keputusan lain, termasuk kemungkinan
menanggalkan kamera berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian
selepas menyampaikan watikah pelantikan ketua kampung kepada lebih 400
pemimpin tempatan di sini, semalam.
Terdahulu, EXCO Kerajaan
Negeri, Ronnie Liu, berkata kamera yang mengesan kesalahan lalu lintas
pengguna jalan raya itu yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah
Klang Selatan (SKVE) dan Kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan akan
ditanggalkan, esok.
Katanya, keputusan menanggalkan kamera itu
kerana kata dua yang diberikan kepada kontraktor AES untuk berbuat
demikian dalam tempoh dua minggu, sudah pun berakhir.
Katanya, kerajaan negeri menganggap pemasangan kamera itu
sebagai binaan haram kerana kontraktor gagal memohon mendapatkan
kebenaran arahan pembangunan.
Bagaimanapun, Liu yang turut hadir
pada sidang akhbar bersama Khalid berkata, kerajaan negeri memutuskan
untuk menyemak semula keputusan berkenaan.
“Kami memutuskan untuk
mengubah strategi. Kami akan menutup kamera itu pada jam 2.30 petang,
Jumaat ini. Saya sendiri akan berada di sana bagi memantaunya,” katanya.
p/s: yang lain camne pulak..hehe