Friday, July 27, 2012

Twitter

Pelik la diorang ni..
biar la orang tu nak berubah camne pun..nak masuk parti politik mane pun..
tak perlu dipertikaikan..
cuma kadang-kadang bahasa seseorang tu perlu diperhatikan..

Entah kenapa, kecanggihan teknologi semasa melalui pelbagai medium sosial yang sedia ada membuatkan kami kurang gemar dengan fenomena yang berlaku sekarang.

Dan yang terbaru, status yang dikeluarkan oleh Umie Aida yang menempelak kenyataan Abby Abadi tentang rezeki kerjaya beliau jika kerajaan diperintah sekarang berjaya digulingkan.

klhive umie aida Umie Aida: Abby Abadi Cetek Pemikiran

Kenyataan Abby itu yang berbunyi, “Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik. Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PR perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah.”

Dan dibalas dengan sinisnya oleh Umie Aida, ‘Kesian dgn komen dia mcm tu, sngt cetek pemikiran dia.’

Tetapi status Twitter terbabit debalas tenang oleh Abby Abadi yang menganggap perkara itu merupakan tanggungjawab beliau menegur berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

No comments: