Alhamdullilah..Beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza semalam keluar menyambut meriah langkah Israel memberi layanan lebih baik membolehkan tahanan Palestin sekali gus menamatkan mogok lapar mereka selain mengingati ‘malapetaka’ apabila Israel diasaskan pada 1948 atau ‘Nakba’.
Israel kini bersetuju membenarkan anggota keluarga melawat tahanan Palestin dan cuba mengelak menahan penduduk tanpa didakwa. Sebagai tukaran, kumpulan pejuang Palestin memberhentikan serangan.
Nasib tahanan itu adalah satu perkara sensitif kepada penduduk Palestin kerana hampir semua mereka mengenali jiran atau saudara yang pernah dipenjara Israel. Beratus-ratus warga Palestin keluar di dua kota utama itu sambil membawa gambar anggota keluarga yang ditahan Israel.
Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.
p/s : semalam bukak fb tengok ramai tukar gambar profil..tema coklat..
No comments:
Post a Comment