Friday, January 6, 2012

Tentang Dhia

EPISOD akhir tayangannya sudah seminggu berlalu, namun kehebatan siri drama Tentang Dhia yang ditayangkan menerusi slot Akasia, TV3, tetap menjadi bualan hangat.

Satu Malaysia masih memperkatakan mengenai populariti siri lakonan Nora Danish, Adi Putra, Liza Abdullah, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shila, Izreen Azminda dan Puteri Sarah itu yang berjaya mencipta fenomena baru.

Kenyataan yang dikeluarkan Nielsen Media Research menyebut, episod terakhir Tentang Dhia yang menemui penonton petang Khamis lalu (28 Disember) mencatat kadar penonton tinggi, hampir 3 juta orang.

Siri terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd ini menarik kerana memaparkan sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik.


Ceritanya berkisarkan dilema Dhia (Nora Danish) yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun.


Namun, kebahagiaan yang diidam Dhia tidak datang dengan mudah apabila berhadapan komplot dan rancangan jahat ibu mentuanya sendiri. Menariknya pengakhiran cerita ini menyaksikan keutuhan cinta Dhia dan Zikir (Adi Putra) sehingga nafas terakhir.

Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Hadzelynda Khairuddin berkata, sejak mula ke udara pada 9 November lalu hinggalah ke episod terakhir, drama 30 episod ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan purata 2.5 juta setiap episod.

“Malah pengaruh Tentang Dhia juga hangat diperkatakan menerusi media komunikasi seperti facebook, twitter dan juga blog tempatan. TV3 dengan kerjasama Alt Media juga menganjurkan satu sesi ‘live chat’ bersama dua pelakon tunjang drama ini, Nora Danish dan Adi Putra pada petang Khamis bertempat di studio
Sri Pentas sempena dengan tayangan episod terakhir tentang Dhia. Sesi yang berlarutan selama sejam itu berjaya meraih 11,695 ‘pageviews’,” katanya.

p/s: ku pun terikut gak cte ni di akhir-akhir episod..

2 comments:

iizla said...

memang best citer ni. agaknya ada TenTang Dhia 2 tak?

zal88 said...

kn..hehe..smua sampai terpengaruh ngn cite ni..=)