Wednesday, July 21, 2010

sharing info...

Tingkatkan MeTAbolisme.....

Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya.Namun pendapat ini bukan 100 peratus tepat kerana semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam...wa..mnarik tu...

Actually, apa itu metabolisme?
Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.
Bila metabolisme tinggi, maka proses menukar kalori daripada makanan kepada tenaga jadi lebih pantas dan banyak.Sebab itulah makan banyakpun akan still kurus.

Tapi adakah paras metabolisme ini dipengaruhi faktor genetik keturunan?
Ataupun semua orang boleh meningkatkannya asalkan ada kemahuan dan usaha.

Biasanya, secara semulajadi paras metabolisme seseorang akan menurun bila usia meningkat.
Sebab itulah ketika remaja, makan banyakpun still kurus sahaja badan lagi-lagi remaja lelaki.
Contohnya lelaki dewasa yang aktif berusia antara 20 hingga 39 tahun dengan berat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari.
Berita baiknya tidak kira berapa umur kita, beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kembali paras metabolisme, iaitu melalui:

1)Pastikan makan sikit tapi kerap! Kalori lebih 1000.
Pastikan kita consume sekurang-kurangnya 1000 kalori setiap hari.
Ingat apa itu metabolisme? Proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

2)Ambil sarapan!
Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan. Kenapa? Bila sarapan kita tidak membiarkan perut kosong terlalu lama yang mungkin akan meyebabkan kita rasa amat-amat lapar menjelang tengahari dan akan makan lebih waktu lunch tanpa sedar. Kan susah nak kawal berat badan.
.:. tp ku sndiri kdg2 tlepas brkfast...hihi..cmne tu..

3)Banyakkan pengambilan protein!
Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot. Sumber protein paling jelas ialah ikan.

4)Senaman secara konsisten!
Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Contohnya berjalan kaki selama 20 minit tanpa henti. Naik turun tanggapun baik juga.
Bila-bila masapun boleh. Tak perlu nak tunggu hujung minggu, pagi atau lewat petang.
.:.erm...snaman ke eh...

5)Minum banyak air masak!
Minum banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

6)Tidur cukup!
Tidur secukupnya. Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman. Jangan tidur banyak sangat. Nanti jadi lemau.

;-D

No comments: