Semua perkhidmatan bas ke utara dan selatan yang sebelum ini beroperasi di Hentian Puduraya akan dipindahkan sementara ke padang letak kereta F Bukit Jalil, bersebelahan stadium hoki bermula 12 April ini.
Perpindahan itu adalah bagi melancarkan kerja menaiktaraf dan penambahbaikan Hentian Puduraya yang dijangka mengambil masa empat bulan. Maklumat lanjut mengenai pemindahan tersebut boleh didapati dengan menghubungi talian hotline 03-20787017 dan 03-20786018
No comments:
Post a Comment