Tuesday, March 2, 2010

wa..sng nye ckp kn....

PUTRAJAYA: “Jangan merungut bila bajet dipotong, tetapi ambil sikap positif dan cari jalan bagaimana objektif (pelaksanaan sesuatu program) boleh dicapai dengan perbelanjaan minimum,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Najib berkata, setiap program yang dilaksanakan boleh mencapai matlamat yang diingini walaupun dengan bajet rendah jika sesuatu jabatan kerajaan bijak mengendali perbelanjaan dan berfikir secara kreatif bagi menjimatkan penggunaan bajet yang diperuntukkan.


“Banyak jabatan, apabila kerajaan potong perbelanjaan, dia merungut... membebel, tapi sebenarnya kalau ambil sikap positif, dia (jabatan kerajaan) cari jalan macam mana objektif (pelaksanaan) program dapat dicapai dengan perbelanjaan minimum.


“Ini dapat membantu proses pemulihan ekonomi negara. Apabila defisit kerajaan dapat dikurangkan daripada 7.4 peratus atau tujuh peratus kepada 5.6 peratus dan sebagainya tahun ini, kita akan meletakkan asas lebih mantap dan kukuh pada ekonomi negara dan dari situ kita boleh melonjak (negara) pada tahap yang lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada perhimpunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, semalam.

2 comments:

NaNa YuSoF said...

tu la.. dr dulu xnk bendung bnda ni...
ble da byk hutang, baru la nk potong sana sini... xle nk salahkn jbtn kalu depa merungut, sbb depa da terbiasa..

aBoi said...

kalau aku pun merungut..