Wednesday, October 14, 2009

ni kata akhbr la kn : PPj bakal tmbh

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menambah 80 bas Nadi Putra yang akan diterima secara berperingkat dalam tempoh enam bulan bermula Januari tahun depan bagi memberikan kemudahan kepada kira-kira 10,000 kakitangan awam ke tempat kerja setiap hari, terutama pada waktu puncak.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Abdul Ghani Ahmad, berkata penambahan itu selaras dengan usaha mengekang masalah kesesakan lalu lintas di Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya, selain menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan di kompleks kerajaan.

“Kami mengangkut sekurang-kurangnya 10,000 kakitangan awam setiap hari pada waktu puncak dan kita memerlukan 100 bas untuk tujuan itu.

“Ketika ini, kami mempunyai 70 bas dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit pada waktu puncak. Kita sudah menempah 80 bas lagi yang akan diterima secara berperingkat sehingga pertengahan 2010 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 150 bas,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Abdul Ghani berkata, penambahan itu akan memudahkan PPj mengatur semula laluan bas dan menambah laluan terutama kawasan baru untuk kemudahan penduduk Putrajaya.

Mengenai sistem meletakkan kenderaan berbayar yang dilaksanakan mulai 1 Disember ini, Abdul Ghani berkata, pihaknya akan memperkenalkan dua kaedah pembayaran iaitu bayar dan peraga serta tempat letak kereta secara terkawal.

Katanya, bagi kaedah bayar dan peraga, pengguna akan dikenakan caj 50 sen sejam, manakala secara terkawal pula ditetapkan pada kadar RM1 sejam.

Menurutnya, pada peringkat permulaan, sistem itu hanya akan dikuatkuasakan di Presint 1 iaitu di Kompleks A, B dan C serta Presint 2 (berhadapan bangunan Kastam Diraja Malaysia) manakala kawasan lain akan dilaksanakan secara berperingkat.


p.s: kte tgk..........

No comments: