Tuesday, September 20, 2011

akibat memandu terlalu laju

sebenarnya kemalangan ni da tau dari semalam...
kire fresh la ye..hehe
ade staf gtau siap ade gambar sekali...

tup-tup pagi ni staf da kecoh-kecoh sebab ade gambar staf kat tempat kejadian..hihi
jadi,untuk sesiapa yang bekerja atau lalu jalan di putrajaya,berhati-hati la ye..






“Ketika sampai di tempat kejadian, saya melihat kereta mangsa putus dua, kaki mangsa terperosok di bahagian pedal minyak manakala beberapa cebisan dipercayai otak mangsa melekat di tempat duduk belakang,” kata seorang saksi kemalangan maut di sini, semalam.

Menurut saksi yang enggan dikenali itu, dia adalah antara yang terawal melihat kejadian terbabit di Kilometer 7.2, Persiaran Selatan berhampiran susur keluar Pusat Konvensyen Antarangsa Putrajaya (PICC).


“Saya bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan rakan mengenai kemalangan berkenaan, namun sebaik tiba saya melihat anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduknya.

“Ketika itu saya ingat mangsa masih hidup, tetapi rupanya dia sudah meninggal dunia. Keadaan kereta mangsa terputus dua, enjin serta dua tayar depan tercampak tidak jauh dari tiang lampu yang dilanggarnya,” katanya, ketika ditemui di tempat kejadian.


Dalam kemalangan pada jam 5.25 petang itu, mangsa Mohammad Rasydan Rasid, 20, yang dikatakan dalam perjalanan dari Dengkil, Sepang ke Putrajaya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Polis, Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memandu laju mengakibatkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu.


Katanya, akibat rempuhan itu, kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu mangsa terputus dua.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika mengambil selekoh lalu merempuh tiang lampu di tempat kejadian.


“Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Pihak Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa, sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya

Camne tak meninggal nye, kat situ pun da nampak otak da bersepah kat kereta..n dipercayai dari saksi yang mesej terakhir mangsa "i'm late" ...mungkin mangsa memang tergesa-gesa disebabkan itu...Innalillah...

Wednesday, September 14, 2011

anak Aida Gadis Melayu

BERTAMBAH kebahagiaan dalam rumah tangga Saiful Nizam yang juga pembaca berita TV3 dan Aida (juara Gadis Melayu musim pertama) dengan kelahiran anak sulung mereka yang dinamakan Aida Eirdeena, kini berusia dua bulan.

Namun baru-baru ini rakan media yang juga baru melahirkan anak keenamnya terserempak pasangan suami isteri itu bersama si kecil di Institut Jantung Negara (IJN) ketika menemani suaminya membuat pemeriksaan kesihatan di sana.


Ceritanya pada media, menerusi pemerhatiannya, nak kata Saiful atau Aida yang sakit, tak mungkin kerana kedua-duanya nampak cergas.

Hendak dijadikan cerita, dua tiga hari selepas itu rakan media terserempak dengan Saiful di TV3 dan terus bertanya perkara berkenaan kepadanya.


Dia mengesahkan Eirdeena ada masalah jantung dinamakan Truncuss Arterious Type 1, di mana ada lubang pada saraf jantungnya.


Menurut Saiful, doktor dapat tahu mengenainya sebaik lahir dan untuk mengelak penyakit itu merebak pada paru-paru, Eirdeena perlu dibedah segera iaitu sebelum umurnya tiga bulan.

Katanya, Eirdeena baru keluar wad IJN kerana demam. Walaupun demamnya tidak teruk sangat, doktor memantau kesihatannya sebelum dia menjalani pembedahan pada 12 September ini.


Saiful dan Aida menerima berita mengenai penyakit anak mereka dengan tenang dan berharap Eirdeena dapat membesar seperti kanak-kanak lain.

Bagaimanapun, kata Saiful, Eirdeena cergas dan tak nampak macam sakit. Sekurang-kurangnya mendengar tawanya dapat meredakan keresahan suami isteri itu.


Awal Syawal lalu, Saiful dan Aida hanya beraya di Kuala Lumpur dan menghabiskan masa mereka di rumah kerana bimbang kalau dibawa ke tempat ramai orang, kesihatan Eirdeena terganggu dan akibatnya pembedahan itu terpaksa ditangguh.


Kos pembedahannya tinggi namun kata Saiful, yang penting kesihatan anaknya. Insya-Allah, duit boleh dicari.


Patutlah selepas kelahiran Eirdeena, apabila media mahu mengabadikan wajah comel anak itu di lensa kamera mereka, Saiful terpaksa menolaknya kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Rakan media doakan Eirdeena segera sembuh.

Friday, September 9, 2011

Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% berkuatkuasa 15 sept

aiya..camne ni...
semua nak naik..
setakat beli topup dan pek permulaan kad SIM pun naik ke..

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

“Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan.
Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

p/s: takde ke nak wat bantahan..=)