Monday, April 11, 2011

macam2 kes sekarang...

Da smkin banyak kes skrg melibatkan penjawat awam..Cmne tu??
dari 1 kes ke 1 kes berlaku...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran mencari alternatif dan lebih kreatif dalam menangani masalah kekurangan anggota berkaitan keselamatan di agensi itu, termasuk melaksanakan konsep penugasan semula tanpa perlu menambah kakitangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah lebih berkesan perlu dilaksanakan bagi mengelak birokrasi serta penjimatan wang rakyat perlu diambil kira dalam membuat keputusan berhubung perkara ini.
Beliau berkata, tahun lalu, konsep penugasan semula dilaksanakan dalam pasukan polis apabila pegawai dan anggotanya yang sebelum itu bertugas di bahagian pentadbiran di pejabat, ditugaskan membuat rondaan bagi menambah anggota secara segera berbanding pengambilan baru.

Isu berkaitan keselamatan timbul berikutan kes Penolong Pengarah kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, pada Rabu lalu, selepas datang ke pejabat SPRM pada kira-kira jam 8.30 pagi kerana hendak berjumpa pegawai penyiasat.

Berkaitan inkues kematian Ahmad Sarbani, Najib berkata, ia akan dilaksanakan jika hasil siasatan menemui wujud keraguan atas kematian pegawai kastam terbabit.

F1

PERMULAAN baik dan percaturan strategi tepat memberikan juara dunia dari pasukan Red Bull Racing, Sebastian Vettel kemenangan dalam perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia-PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang semalam, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas senarai pemandu keseluruhan dengan mata maksimum 50.

Selepas mendominasi sepenuhnya perlumbaan pembuka tirai di Melbourne, pemandu Jerman yang muncul juara dunia termuda pada usia 23 tahun, itu sukar dicabar pemandu pasukan lain termasuk Jenson Button (McLaren) yang menduduki tempat kedua, diikuti pemandu Lotus-Renault, Nick Heidfeld.
Ia kemenangan ke-12 dalam kariernya sejak 2007 dan kedua berturut-turut di Sepang, apabila dia menghabiskan perlumbaan 56 pusingan yang mendebarkan di bawah cuaca mendung itu dengan catatan masa 1 jam 37 minit.39.832 saat; 3.2 saat di depan Button, dan 25s di depan Heidfeld yang bersaing sengit dengan rakan sepasukan Vettel, Mark Webber pada detik akhir perlumbaan.

da lme xtgk F1...dlu zmn skolah ade tnjuk kt tv...skrg xde lg kn...
klau nk tgk,g la bli tket g sna ye..hihihi

Radioterapi

Radioterapi merupakan salah satu rawatan utama kanser payudara. Statistik telah menunjukkan penurunan kadar ketumbuhan berulang daripada 40% ke 15% dengan radioterapi selepas pembedahan payudara secara konservatif.

Radioterapi menggunakan radiasi (sinaran-X bertenaga tinggi, sinaran gamma dan bim electron) untuk membunuh sel-sel kanser. Untuk kebanyakan kanser, radioterapi merupakan rawatan penyembuhan yang boleh dipertingkatkan dengan rawatan pembedahan dan kemoterapi.

Sebelum seorang pesakit memulakan radioterapi, rawatan mesti dirancangkan. Ini adalah untuk menentukan posisi bahagian yang hendak dirawat, isipadu ketumbuhan dan kiraan dos dengan komputer yang boleh memberi dos yang tetap terhadap kanser tersebut dengan kerosakan yang minima kepada tisu sekitar.

Prosedur ini dilakukan bersama pakar radioterapi, pakar perunding, pendaftar dan dua orang perawat radiasi dan ianya mengambil masa selama 30 minit. Selepas prosedur ini, pesakit akan dibenarkan pulang dan tarikh permulaan rawatan diberi antara 3 hari sehingga 1 minggu berikutnya.

Teknik rawatan

Untuk bahagian dada dan payudara sahaja, satu pasang ‘tangential fields’ digunakan supaya paru-paru dan lapisan tisu sekitar tidak terkena. Rawatan ini mengambil masa selama 10 minit untuk menghasilkan ‘set up’ dan 1 minit untuk setiap satu bim. Rawatan ini tidak menyakitkan dan pesakit tidak merasainya. Ianya sama seperti pemeriksaan X-ray. Pesakit perlu relaks dan tenang semasa rawatan untuk mengurangkan pergerakan (Rajah )



Kesan sampingan

A Akut

a) Secara sistemik (melibatkan seluruh tubuh) kesan letih lesu dan kesan psikologi

b) Kesan setempat (di kawasan di mana radiasi ditujukan) kulit dan tisu di bawah kulit kelihatan merah (erythema) dan mengelupas (desquamation), bengkak bahagian lengan akibat gangguan pengaliran cecair limfa, kesakitan di kawasan payudara dan kehilangan bulu ketiak.

B kesan Lewat
Kesakitan payudara, otot atau tulang rusuk, fibrosis paru-paru, pneumonitis, pigmentasi dan ‘plexopathy brachial’ - akibat kematian sel-sel normal dan juga akibat inflammasi.

Kesan-kesan lain:

  • Berasa tidak sihat – hanya apabila abdomen/pelvis dirawat

  • Kulit yang merah dan gatal

  • Mulut atau kerongkong yang sakit/kering

  • Telinga yang tersumbat

  • Kehilangan rambut - hanya apabila bahagian kepala dirawat

  • Mengalami kesusahan menelan makanan

  • Sakit perut atau cirit birit

  • Pundi kencing yang lemah

  • Masalah seksual atau kesuburan


Baru ku tau,wat nye kjp je...

tp perasaan nk wt tu..hmm...


Trilogi Cinta



Cte stiap Ahad - Selasa tlh brakhir smlm...
xpsl2 tlayan cte drama Trilogi Cinta ni smlm...hihihi..terbitan Suhan Movies
walhal xprnh tgk pn...
tp ble dgr Rosyam Nor ckp cte ni mcapai 2juta penonton di TV1 n 4 juta trmsuk siaran di Astro... layan la gak..nk tau cte ni best ke x...
bleh thn la cte ni..wlaupn mla2 xfhm gak cte ni psl ape..
sbb xprnh tgk pn dr mla kn...cme prnh tgk ikln die je...hehehehe

Drama nih sebenarnya adalah garapan/ diapdatasi daripada tiga buah novel terkenal karya Sharifah Abu Salem...TAK SEINDAH MIMPI, TAK SEMANIS IMPIAN dan TIADA LAGI MIMPI...



Trilogi Cinta menceritakan perihal cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.

Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh.

p/s: spt kata Rosyam Nor smlm,mgkin cte ni akn disambung..sbb rmai pngikut cte ni kn...
;-D


Wednesday, April 6, 2011

mkSud lambang Misteri...

Lambang Misteri ni sebenarnya adalah lambang untuk satu laman web sosial baru untuk berkomunikasi dengan lebih mudah dengan member-member dan untuk buat kawan baru. Laman Web ni bertajuk KOLONY ..


KOLONY ni rupa-rupanya adalah rangkaian sosial untuk berinteraksi, tapi bukan terhad pada laman web macam laman-laman web sosial yang lain. KOLONY ni setahu aku, boleh guna telefon bimbit, tapi kena ada talian Celcom lah. Jadi kalau tak ada komputer ke laptop tak jadi masalah, boleh guna telefon bimbit, sebab zaman sekarang semua orang ada telefon bimbit apa. Menarik jugak lah rangkaian sosial terbaru KOLONY ni, senang nak berhubung dan berinteraksi walaupun sentiasa bergerak.

Rupa-rupanya lambang misteri ni ada maksud positif dan bukan berkaitan dengan unsur-unsur bahaya atau kurang elok, macam amaran kita akan ditawan oleh mahluk asing lah katakan. Best jugak Kolony ni, kalau nak tahu lebih lanjut pasal KOLONY, jom ah tengok website ni ye?

http://kolony.com.my/