Monday, April 11, 2011

macam2 kes sekarang...

Da smkin banyak kes skrg melibatkan penjawat awam..Cmne tu??
dari 1 kes ke 1 kes berlaku...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran mencari alternatif dan lebih kreatif dalam menangani masalah kekurangan anggota berkaitan keselamatan di agensi itu, termasuk melaksanakan konsep penugasan semula tanpa perlu menambah kakitangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah lebih berkesan perlu dilaksanakan bagi mengelak birokrasi serta penjimatan wang rakyat perlu diambil kira dalam membuat keputusan berhubung perkara ini.
Beliau berkata, tahun lalu, konsep penugasan semula dilaksanakan dalam pasukan polis apabila pegawai dan anggotanya yang sebelum itu bertugas di bahagian pentadbiran di pejabat, ditugaskan membuat rondaan bagi menambah anggota secara segera berbanding pengambilan baru.

Isu berkaitan keselamatan timbul berikutan kes Penolong Pengarah kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, pada Rabu lalu, selepas datang ke pejabat SPRM pada kira-kira jam 8.30 pagi kerana hendak berjumpa pegawai penyiasat.

Berkaitan inkues kematian Ahmad Sarbani, Najib berkata, ia akan dilaksanakan jika hasil siasatan menemui wujud keraguan atas kematian pegawai kastam terbabit.

No comments: