Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

jangan jawab no ni 03-2178 8888

ORANG ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888.
Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera.



 kredit to http://berita-harian.net

Wednesday, May 15, 2013

live streaming pengumuman kabinet

korang
kalau nak tengok live streaming pengumuman kabinet kerajaan malaysia
ni link nye
http://live.tonton.com.my/livetv/#tv3

Wednesday, December 12, 2012

ex penyimpan mohor besar kembali ke rahmatullah




Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam semalam.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.




Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. Lama beliau berkhidmatkan umumkan puasa n raya. 

Setiap kali tengok muka beliau je,ar tau da..hehe..Takziah kepada ahli keluarga beliau dan Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.

Tapi sekarang dengar nya dah ada penyimpan mohor besar raja-raja yang baru. Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66.macam ada persamaan ja.pattern dan gaya lebih kurang.. ;)



121212

Apakah sebenarnya keistimewaan atau yang menarik mengenai tarikh 12.12.12? Selain berpendapat, digit yang cantik ada juga menganggapnya angka bertuah tetapi ada pula melihat ia sekadar nombor, apabila dibilang akan sampailah pada angka itu.

Tarikh hanya pengukuran peredaran masa atau jika berpandukan pada kalendar, angka tercatat hanya penanda peredaran masa. Dalam kata lain, tarikh adalah jumlah peredaran masa. Susunan tarikh dimulakan dengan bilangan hari diikuti dengan bilangan bulan dan diakhiri dengan bilangan tahun. 

Menurut perspektif Islam, tiada hari atau angka dianggap bertuah atau sial, sebaliknya semua dianggap sama. Begitu jugalah dengan angka atau tarikh 12.12.12.

 

Jangan ingin mencatatkan sejarah dan keistimewaan dalam hidup serta semata-mata untuk mendapatkan tarikh diidamkan, individu mengabaikan perkara lain termasuk menyusahkan orang lain untuk datang ke majlis diadakan atau sanggup mengubah perkara yang mungkin lebih penting dilakukan pada hari itu.

Mengingatkan angka dan kehidupan seseorang termasuk kebahagiaan rumah tangga, tuah dan tiada kaitan dalam mencorak kehidupan seseorang.

Tegasnya, angka atau tarikh yang cantik dan dianggap istimewa hanya sekadar persepsi asas. Ini bermakna, angka tetap angka manakala kebaikan atau keburukan dibawa tiada kaitan dalam kehidupan seseorang, sebaliknya bergantung kepada empunya diri untuk mencorakkannya.=)

AFF

ade ke camni diorang wat kite..
ish2 xadil betul la..

 Skuad negara terpaksa
menjalani latihan
ringan di atas padang
yang ditakungi air di Stadium Express-way semalam.






Pihak pengurusan pasukan kebangsaan membuat aduan kepada penganjur Piala Suzuki, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) serta tuan rumah, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengenai keadaan padang latihan Harimau Malaya, yang didapati becak dan layak dipanggil bendang.

“Saya sudah buat aduan kepada pihak penganjur dan FAT. Harap esok (hari ini) dapat padang lebih elok. Tapi anggap ini semua dugaan untuk berjaya,” kata pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal ketika ditemui pada sesi latihan Harimau Malaya di padang Jaran Buraprat, kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan skuad negara, petang semalam.

Biarpun lokasinya hanya satu kilometer dari hotel Golden Tulip Sovereign, keadaan padang Jaran Buraprat itu sepatutnya tidak layak dijadikan padang latihan untuk kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara itu.

“Kami amat kecewa dengan padang yang macam bendang padi, tempat pemain salin pakaian pun tiada, jaring gol koyak rabak dan orang awam boleh tengok secara terbuka. Jika di Malaysia, main peringkat kampung pun tidak seperti tahap ini.

Ditanya adakah ini salah satu taktik atau strategi Thailand untuk melunturkan semangat juang Harimau Malaya, Subahan berkata: "Saya tak tahu. Apa pun, yang berlaku ini tidak menunjukkan semangat kesukanan. Patut layanan lebih baik dan kita sudah rugi sehari tidak dapat menjalani latihan penuh."

Monday, April 11, 2011

Radioterapi

Radioterapi merupakan salah satu rawatan utama kanser payudara. Statistik telah menunjukkan penurunan kadar ketumbuhan berulang daripada 40% ke 15% dengan radioterapi selepas pembedahan payudara secara konservatif.

Radioterapi menggunakan radiasi (sinaran-X bertenaga tinggi, sinaran gamma dan bim electron) untuk membunuh sel-sel kanser. Untuk kebanyakan kanser, radioterapi merupakan rawatan penyembuhan yang boleh dipertingkatkan dengan rawatan pembedahan dan kemoterapi.

Sebelum seorang pesakit memulakan radioterapi, rawatan mesti dirancangkan. Ini adalah untuk menentukan posisi bahagian yang hendak dirawat, isipadu ketumbuhan dan kiraan dos dengan komputer yang boleh memberi dos yang tetap terhadap kanser tersebut dengan kerosakan yang minima kepada tisu sekitar.

Prosedur ini dilakukan bersama pakar radioterapi, pakar perunding, pendaftar dan dua orang perawat radiasi dan ianya mengambil masa selama 30 minit. Selepas prosedur ini, pesakit akan dibenarkan pulang dan tarikh permulaan rawatan diberi antara 3 hari sehingga 1 minggu berikutnya.

Teknik rawatan

Untuk bahagian dada dan payudara sahaja, satu pasang ‘tangential fields’ digunakan supaya paru-paru dan lapisan tisu sekitar tidak terkena. Rawatan ini mengambil masa selama 10 minit untuk menghasilkan ‘set up’ dan 1 minit untuk setiap satu bim. Rawatan ini tidak menyakitkan dan pesakit tidak merasainya. Ianya sama seperti pemeriksaan X-ray. Pesakit perlu relaks dan tenang semasa rawatan untuk mengurangkan pergerakan (Rajah )



Kesan sampingan

A Akut

a) Secara sistemik (melibatkan seluruh tubuh) kesan letih lesu dan kesan psikologi

b) Kesan setempat (di kawasan di mana radiasi ditujukan) kulit dan tisu di bawah kulit kelihatan merah (erythema) dan mengelupas (desquamation), bengkak bahagian lengan akibat gangguan pengaliran cecair limfa, kesakitan di kawasan payudara dan kehilangan bulu ketiak.

B kesan Lewat
Kesakitan payudara, otot atau tulang rusuk, fibrosis paru-paru, pneumonitis, pigmentasi dan ‘plexopathy brachial’ - akibat kematian sel-sel normal dan juga akibat inflammasi.

Kesan-kesan lain:

  • Berasa tidak sihat – hanya apabila abdomen/pelvis dirawat

  • Kulit yang merah dan gatal

  • Mulut atau kerongkong yang sakit/kering

  • Telinga yang tersumbat

  • Kehilangan rambut - hanya apabila bahagian kepala dirawat

  • Mengalami kesusahan menelan makanan

  • Sakit perut atau cirit birit

  • Pundi kencing yang lemah

  • Masalah seksual atau kesuburan


Baru ku tau,wat nye kjp je...

tp perasaan nk wt tu..hmm...


Saturday, March 5, 2011

TBS-BTS





kali ni ku nk share skit pasal TBS-BTS..
mesti pernah dengar kan..
ala..yg kt tasik selatan tu...
Terminal Bersepadu Selatan - Bandar Tasik Selatan..
kn kat pudu xde lg kn...

Terminal Bersepadu Selatan adalah sebuah terminal yang menggunakan teknologi terkini untuk memberikan keselesaan dan kesenangan pada perjalanan anda di Malaysia. TBS @ BTS menempatkan lebih 60 gerai jualan, makanan dan minuman yg terletak di 2 tingkat, untuk kemudahan anda membeli-belah.

Untuk menjamu selera, anda boleh menikmati keenakan nasi kandar, pelbagai jenis makanan tempatan di medan selera kami, roti segar, gerai aiskrim atau hanya berehat dengan menikmati minuman sejuk atau panas untuk menghilangkan dahaga. Bagi gerai jualan pula, terdapat butik-butik moden, kedai telekomunikasi, dan juga kedai khusus seperti Fipper, sandal bergaya dan sebagainya. Terminal ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan anda.


smua bas ke selatan dipindah kan ke sini...
aritu dengar mulai 1 mac smua bas ke selatan telah memulakan operasi n pindah ke sini kn...
sblum ni kn kt Bukit Jalil....

tp skrg smua kt sni...
mmg besar pun kat sini...
canggih pun canggih..
gambar kat atas tu touch screen je..
anak sdare ku bukan main suka la..
brebut ngan ku nak tekan..hehehe
tapi bagi chance kt diorang la kan...


Korang perasan tak ape yang salah..
mesti la korang xtau kan..
mase kitorang sampai sebenarnye petang..
tapi tengok la kat jam ni..kul brape tu??
hehehehe
ayah ku la yg perasan dulu..
kitorang gtau la kat pekerja kat situ...die senyum je..
tempat besar2 n cantik..da la baru lagi..leh lak jam mati kan...

Ni plak kat tempat pelepasan nye..
memang da macam airport kat sini pun...
hehehe


Ni tempat diorang cek kat mane bas tu..
kire pintu berape la..
sebab banyak bas kat sini kan...

Banyak kemudahan yang ade kat sini...Antaranye :
1) bilik istirehat VIP
2) kawasan merokok
3) kemudahan OKU
4) ATM (dekat ngan tandas)
5) Tandas
6) Farmasi n klinik
7) Medan selera
8) Tempat bagasi @ loker

tp dari pnglmn ku,kt sni lmbt operasi die..
mse nk bli tiket je...mkn mse hmpir 15 mnit gak ar...
lme kn..
sdgkn sblum ni just terus ke kaunter bas destinasi yang kte nak naik n trus gtau tarikh n bayar..
tapi kali ni siap ngan minta ic lagi serta no telefon lagi...
panjang kan prosedur die...

tapi xtau la sekarang..
harap2 da dipertingkat kan la servis die..

tapi besar kat situ..
lepas beli tiket,kte tgk kat board die kat sebelah atas...
ala,macam nk naik flight tengok destinasi ngn masa kan..
ar same cmtu la..
lps tu,1/2 jam sebelum da kena turun bawah untuk cek-in la konon2 nye..
hehehe
turun escalator bawah then cari la pintu berapa...
cm gambar kt bawah ni la..


ni 4 sharing je pun...
;-)

Monday, August 23, 2010

Tahukah anda asal lagu "Selamat Hari Jadi"...

Tahukah anda asal lagu "Selamat Hari Jadi"

Lagu ucapan selamat menyambut harijadi "Happy Birthday To You" telah menjadi lagu yang paling popular di dunia, dinyanyikan berjuta kali oleh berjuta-juta orang. Setiap saat dan setiap detik di mana-mana pelusuk dunia pasti ada yang menyanyikan lagu ini bagi meraikan ulangtahun kelahiran seseorang. Semua golongan tidak kira yang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak seawal usia setahun tahu menyanyikannya, atau sekurang-kurangnya mampu mengikut melodinya. Masing-masing dapat merasai keistimewaan lagu ini apabila dinyanyikan kepada mereka setahun sekali. Namun tahukah anda, bilakah lagu "paling popular di dunia," sepanjang zaman ini dicipta? Dan siapakah penciptanya

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to ... ... ... ... ... ... ..
Happy birthday to you

Lagu asal "Happy Birthday to You" dikatakan telah dicipta oleh dua orang adik-beradik, Mildred J. Hill, seorang guru di Kentucky Experimental Kindergarten, di Louisville dan Dr. Patty Smith Hill, pengetua di sekolah yang sama. Melodinya dicipta oleh Mildred sementara lirik asalnya ditulis oleh Patty, bertajuk "Good Morning To All." Lagu "Good Morning To All" dicipta sebagai lagu kanak-kanak dan telah diterbtikan dalam koleksi "Song Stories of the Kindergarten" pada tahun 1893.

31 tahun kemudian, setelah Dr. Patty Smith Hill menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Taman Didikan Kanak-kanak di Kolej Guru Universiti Columbia, seorang lelaki bernama Robert H. Coleman telah menerbitkan lagu tersebut tanpa meminta kebenaran daripada kedua beradik tersebut. Malah dia telah membuat versi baru dengan menukarkan lirik asalnya, "Good Morning to All", kepada "Happy Birthday to You."

Lagu versi Coleman dengan lirik baru telah menjadikan lagu tersebut popular dan sekaligus menenggelamkan versi pertama ciptaan adik-beradik Hill.

Setelah Mildred meninggal dunia pada 1916, Patty, bersama adiknya yang ketiga, bernama Jessica, mengambil tindakan mahkamah terhadap Coleman. Kedua beradik ini telah berjaya membuktikan yang melodi lagu tersebut adalah milik mereka. Disebabkan lagu tersebut telah disahkan secara undang-undang milik keluarga Hill, ia berhak untuk diberikan royalti apabila dinyanyikan untuk tujuan komersil.

Hakcipta yang pertama terhadap lagu ini telah dikeluarkan pada 1935 (selepas tuntutan mahkamah oleh Patty dan Jessica).

Pada tahun 1988, Birch Tree Group, Ltd. telah menjual hak lagu tersebut kepada Warner Communications (bersama aset lainnya) dengan anggaran $25 juta.

Dalam tahun 80an, lagu "Happy Birthday to You" dipercayai telah mengumpulkan sekitar $1 juta dalam bentuk royalti tahunan.

;-)

Wednesday, July 21, 2010

sharing info...

Tingkatkan MeTAbolisme.....

Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya.Namun pendapat ini bukan 100 peratus tepat kerana semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam...wa..mnarik tu...

Actually, apa itu metabolisme?
Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.
Bila metabolisme tinggi, maka proses menukar kalori daripada makanan kepada tenaga jadi lebih pantas dan banyak.Sebab itulah makan banyakpun akan still kurus.

Tapi adakah paras metabolisme ini dipengaruhi faktor genetik keturunan?
Ataupun semua orang boleh meningkatkannya asalkan ada kemahuan dan usaha.

Biasanya, secara semulajadi paras metabolisme seseorang akan menurun bila usia meningkat.
Sebab itulah ketika remaja, makan banyakpun still kurus sahaja badan lagi-lagi remaja lelaki.
Contohnya lelaki dewasa yang aktif berusia antara 20 hingga 39 tahun dengan berat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari.
Berita baiknya tidak kira berapa umur kita, beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kembali paras metabolisme, iaitu melalui:

1)Pastikan makan sikit tapi kerap! Kalori lebih 1000.
Pastikan kita consume sekurang-kurangnya 1000 kalori setiap hari.
Ingat apa itu metabolisme? Proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

2)Ambil sarapan!
Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan. Kenapa? Bila sarapan kita tidak membiarkan perut kosong terlalu lama yang mungkin akan meyebabkan kita rasa amat-amat lapar menjelang tengahari dan akan makan lebih waktu lunch tanpa sedar. Kan susah nak kawal berat badan.
.:. tp ku sndiri kdg2 tlepas brkfast...hihi..cmne tu..

3)Banyakkan pengambilan protein!
Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot. Sumber protein paling jelas ialah ikan.

4)Senaman secara konsisten!
Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Contohnya berjalan kaki selama 20 minit tanpa henti. Naik turun tanggapun baik juga.
Bila-bila masapun boleh. Tak perlu nak tunggu hujung minggu, pagi atau lewat petang.
.:.erm...snaman ke eh...

5)Minum banyak air masak!
Minum banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

6)Tidur cukup!
Tidur secukupnya. Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman. Jangan tidur banyak sangat. Nanti jadi lemau.

;-D

Rahsia Tarikh Lahir...

Berikut adalah “Rahsia Tarikh Lahir” secara “Sains” & “Metafizik”. Kenali “Rahsia Personaliti” dari kiraan tarikh lahir. Kiraan tarikh lahir anda hendaklah dikira dari contoh dibawah dan jawapan akhir pada tarikh lahir anda adalah nombor personaliti anda. Selamat mencuba.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik
diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum
mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di
dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak
serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan
nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya
mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta
sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari
sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta
yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh
diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka
sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.-Perasaan mereka tidak
mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka
dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang
baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima
kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana
kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah
ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri
daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan
sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling
mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri
mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu
bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Friday, April 9, 2010

Tempoh menunggu tunai haji dipendek 10 tahun

Tempoh menunggu untuk menunaikan haji membabitkan 5.2 juta pendeposit Tabung Haji dijangka dapat dipendekkan kepada 10 tahun berbanding 20 tahun pada masa ini, apabila kajian pelan komprehensif mengenainya siap pada suku kedua tahun ini.

Tabung Haji membuat kajian terperinci berhubung perkara itu, yang juga akan menjadi kayu pengukur Petunjuk Prestasi Utama (KPI) agensi berkenaan, selain usaha mencari tambahan kuota berikutan bilangan ingin menunaikan haji semakin meningkat setiap tahun.

Wednesday, April 7, 2010

Khidmat bas di Puduraya pindah ke Bukit Jalil mulai Isnin

Semua perkhidmatan bas ke utara dan selatan yang sebelum ini beroperasi di Hentian Puduraya akan dipindahkan sementara ke padang letak kereta F Bukit Jalil, bersebelahan stadium hoki bermula 12 April ini.

Perpindahan itu adalah bagi melancarkan kerja menaiktaraf dan penambahbaikan Hentian Puduraya yang dijangka mengambil masa empat bulan. Maklumat lanjut mengenai pemindahan tersebut boleh didapati dengan menghubungi talian hotline 03-20787017 dan 03-20786018

Thursday, January 14, 2010

4 sharing - tips pnjagaan MATA utk kita yg mnghadap PC

1. Pilihlah monitor yang berbentuk LCD/plasma sbb monitor ini dipercaya lebih baik daripada monitor model lama.

2. Jagalah jarak mata anda dengan monitor komputer. Jarak paling ideal antara mata dan monitor adalah 30 cm.

3. Adjust monitor sejajar dengan mata, jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi. Adjust sehingga kita rasa selesa dengan posisi antara kepala (mata) dan monitor.

4. Adjust warna pada monitor sehingga sedap dipandang mata, tidak terlalu terang sbb ini menyebabkan mata menjadi silau. Juga jangan terlalu gelap sbb akan menyebabkan mata bekerja terlalu keras sehingga membuat mata menjadi cepat kering.

5. Adjust screen refresh rate menjadi 75 htz..caranya jika anda pakai windows XP klik kanan pada desktop-properties-setting-advanced-monitor-lihat kolum screen refresh rate, atur menjadi 75 htz.

6. Selalulah kedipkan mata, sbb dengan mengedipkannya, mata akan merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata yang berfungsi membuat mata menjadi lembab. Jika perlu, mata yang kering dititiskan ubat (eyemo?) untuk membuatkan mata selalu dalam keadaan lembab.

7. Boleh gunakan cermin mata khas utk pengguna komputer (works like computer filters)

8. Perhatikan cahaya di sekitar ruangan tempat menggunakan komputer. Usahakan ruangan yg cukup cahaya. Elakkan menggunakan komputer di ruangan yang gelap (tidak cukup cahaya).

9. Setelah penggunaan komputer dalam jangka waktu yang lama, istirahatkan mata minima 15 minit. Jenguk2 mata ke tempat lain (daripada monitor) untuk menyegarkan mata. Usahakan untuk melihat objek yang berwarna hijau seperti daun/pokok. Menurut para pengkaji, warna hijau mampu membuat mata kembali segar.

10. Perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin A (sayuran hijau) atau yg mengandungi beta-carotine (from veggie/fruits yg berwarna kuning) krn bagus utk mata. . Sila rujuk doktor mata jika terdapat gangguan pada mata.