Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

kejadian lif

fuh..semalam balik keje memang mencabar tul nak sampai ke umah
ehh panjang nye ayat :P

sampai2 je kat pintu lif asal tengok kat atas tu dua2 gelap
takde kuar kat aras mana
yg satu lif tu memang da lama tak leh guna
pastu tekan butang naik ke atas
tekan sekelip mata ilang

pastu borak ngan penduduk blok tu jgk
ktorang memang kenal 1orang abang tu
die cakap tadi pun tiap2 tingkat lif berhenti
ok lagi la kan
ni langsung tak leh guna

ku da pandang laki ku
camne ni
nak g mane..huhu

ramai yang datang kat depan pintu lif
duk tanye2
ku cakap lif rosak
semua mengeluh

yang mana rendah2 senang la naik
laju je diorang ni naik

borak ngn abang tu
dia kata maintenance da orang baru
kena tgu jkr
katanya malam semalam

pastu da dapat je tenaga
ktorang 2orang pun naik la sikit2
fuh penat makcik

dulu naik tangga sorang leh lagi rilek2
oo lupe biasa turun tangga je klau fire drill
ni naik tangga hokey

sampai tingkat 4 berhenti
g cek balik da ok ke lum lif
tak ok gak
amik nafas dulu
sampai tingkat 8
fuh lenguhh oo
ngn bawak baby SN,ngan beg die, beg ku lagi

sampai tingkat 9 berhenti lagi
akhirnya sampai gak tingkat 10
fuhh lenguh gler lutut

tu pun baby SN tengok je dia gerak sikit2
nasib dia tak hyperactiv sangat
sampai je kelam kabut bukak pintu
letak baby SN
fuh lenguh semua anggota badan kiri kanan
terus minum air makan kudap2

rilek jap bagi baby SN minum
tertido die
cakap ngan laki ku eh ni sape yg nak naik tangga penat ni
tapi kejap je la
masuk buai bangun da
menguji kesabaran tul

pastu setel semua keje
baring bagi susu
laki ku da stat dulu tido
pastu tengok2 samir tido
last2 ngan ku sendiri join tido
memang tak dapat tengok cite peberet
tau2 je da abis

bangun2 setelkan keje yg tak abis2 lagi
baru sambung tido
sebelum tido da cakap kalau tak ok lagi esok lif
memang tak keje
sebelum g keje pagi tadi siap cek dulu lif
hehehe
sabo je la

p/s: dulu laki ku pernah naik tangga sorang2
tengah malam lak tu..masa tu baru abis tengok bola
sekarang..ar rasakan..
maintenance ni la lama sangat
sepatutnya tak boleh tinggalkan dua2 lif tak boleh diguna
ape laa...kalau ada orang tua nak turun naik camne
terus ku bayangkan mak ayah ku..huhu

Monday, November 25, 2013

Cuti mingguan Johor mulai Januari 2014 diubah kepada Jumaat dan Sabtu

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pertukaran cuti mingguan bagi negeri ini kepada Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014.

 http://img.astroawani.com/2013-08/51376558115_295x200.jpg

Pengumuman berkenaan diisytiharkan sempena Hari Keputeraannya yang ke-55 pada Majlis Pengurniaan Pingat di Dewan Jubli Intan, di sini, pagi tadi.

Titahnya pertukaran cuti tersebut bagi menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.

Keputusan itu dibuat selaras dengan negeri Johor yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai  agama rasmi.

Titah baginda keputusan muktamad itu dibuat selepas membuat penilaian terhadap beberapa pandangan.

Titahnya, ia bagi memudahkan kaum lelaki yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat dalam keadaan sempurna dan tidak tergesa-gesa.

“Jika kita perhatikan pada masa ini orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Pada waktu khutbah Jumaat pula sering dijadikan waktu untuk berehat dan tidur. Dan selepas selesai solat mereka bergegas meninggalkan masjid sehingga tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa dan mengaminkannya. Kita semua sedia maklum bahawa di Malaysia ini masih ada beberapa buah negeri yang mengamalkan cuti hari Jumaat. Yang diamalkan cuti hari Jumaat negeri Johor juga telah mengamalkannya sebelum ini. Oleh yang demikian setelah dinilai banyak pandangan saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu.”

Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Hari Keputeraanya kali ke -55 di Dewan Jubli Intan Muar, Johor.

Jelas baginda hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan keberkatan dan umat Islam wajar memperbanyakkan amalan yang dituntut kerana ganjarannya yang besar dan berlipat kali ganda.

Negeri Johor pernah menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti minggu sebelum tahun 1994.

p/s: hmm..susah la lepas ni program family ku di johor..

Thursday, October 17, 2013

Musim menuai padi


beraya aji di tanjung karang,kuala selangor
kebetulan tengah musim menuai padi



kuning je tengok padi nye
sejuk nye pemandangan..hehehe