Showing posts with label desapinggiranputra. Show all posts
Showing posts with label desapinggiranputra. Show all posts

Thursday, September 4, 2014

sambungan kemalangan kereta di desa pinggiran putra terbelah dua langgar tiang

rentetan cerita kemalangan kereta semalam
ni update pasal mangsa yang meninggal
mana tak kereta terputus dua
rupanya 3 orang mangsa tu pelajar Malaysia Multimedia University (MMU)
1orang lagi, pemandu kereta itu, N.Yogen, 21, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Putrajaya.
Tiga yang maut dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu merupakan penumpang kereta Proton Wira itu yang dikenal pasti sebagai M. Harisankar dari Klang, V. Thivagor dari Puchong dan V. Thamilarasan dari Kuala Selangor.

Ketiga-tiga pelajar itu yang kesemuanya berumur 18 tahun mati di tempat kejadian.

Mereka berempat dikatakan dalam perjalanan ke MMU, Cyberjaya selepas bersarapan di Hotel Pullman Putrajaya di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi berkata kereta itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan terputus dua akibat impak rempuhan yang kuat.
 

 
 
 Menurut seorang rakan pelajar berkenaan yang enggan dikenali, dia dimaklumkan satu daripada tayar kereta tersebut meletup sebelum terbabas.

"Kesemua mereka adalah pelajar cemerlang, saya amat terkejut dengan kejadian ini," kata lelaki itu ketika ditemui pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Putrajaya.

Sementara itu, jurucakap MMU berkata Harisankar merupakan pelajar Diploma Teknologi Maklumat, Thivagor (Diploma Perakaunan) dan Thamilarasan (Asasi Teknologi Maklumat) dan Yogen (Diploma Teknologi Maklumat).

Kesemua mereka baru sahaja mendaftar di universiti itu pada Jun lepas.

Wednesday, September 3, 2014

kereta wira hancur rempuh tiang elektrik berhampiran Desa Pinggiran Putrajaya

Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbabas dan merempuh sebatang tiang elektrik berhampiran Desa Pinggiran Putrajaya di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, semua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira itu sedang dalam perjalanan dari arah Dengkil ke Desa Pinggiran Putra sebelum terbabit kemalangan.



Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan tiga mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Katanya, pihak bomba dan penyelamat bersama sebuah jentera dan tujuh anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7 pagi bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

kejadian ni memang ktorang laki bini nampak
dari jauh nampak da kereta polis ngn bomba
tak sangka plak ada eksiden
sebab biase kawasan eksiden depan lagi
ni betul2 belakang kuarters 5r4 tu
tengok2 pokok2 jatuh da
sekali tengok kereta wira hitam da hancur abis
pastu nampak 3 mayat terbaring da

konpem diorang tengah tunggu
kereta polis untuk amik mayat ni
sebab kalau biasa2 eksiden ambulan boleh amik da

lepas antar baby SN g taska dari jauh nampak lampu bomba lagi
maknanye mayat xangkat lagi
lama betul..smpai da nak kat kul 8.30 xberangkat lagi

ku cite ngn laki ko
ish xsangka plak kat tempat tu ada eksiden
maknanye klau ku drive sndiri memang jangan harap la nak laju kat sepanjang- panjang jalan tu
huhu
nampak la mayat tu da tutup ngn kain
tapi xtengok lame pun
mampu tengok keadaan kereta je