Da nikah da syuib sepah. dengan hanya sekali lafaz sahaja, kini Siti Sarah sah menjadi isteri kepada Shuib Sepah.
Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Majlis dihadiri kira-kira 200 orang tetamu. Wang hantaran dirahsiakan dan dulang hantaran ialah 5 berbalas 7. Artis ni mmg kna rhsia eh...hihihi
cntik kn bju...wrna bju pn cntik... p/s: klau bc blog gosip ade je yg xkna psl artis ni kwin.. eh biarla...diorg da slmt kwin pn..ape lg nk bckp2 blkg kn...
Penduduk Pagoh menyambut baik persetujuan Sime Darby Bhd membangunkan tanah seluas 1,618.74 hektar di sini sebagai hab pendidikan di utara Johor yang secara tidak langsung merancakkan lagi pembangunan kawasan berkenaan.
Pengerusi Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh, Tahir Taat, berkata Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan persetujuan Sime Darby itu ketika menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Pagoh di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Soon Moong di sini, malam kelmarin.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, persetujuan itu hasil perbincangan Muhyiddin dengan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Mohd Bakke Salleh, yang seterusnya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan negeri supaya projek itu boleh dimulakan tahun ini juga.
Katanya, hab pendidikan itu akan menempatkan kampus tujuh universiti termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM), sebuah universiti dari Indonesia dan sekolah menengah berasrama penuh.
“Kewujudan hab pendidikan di kawasan itu akan memberi limpahan pembangunan kepada penduduk termasuk daripada segi ekonomi dan pendidikan sendiri yang diharap turut memberi semangat kepada golongan muda untuk terus menimba pengetahuan.
“Saya menyokong penuh cadangan mewujudkan hab pendidikan Pagoh dengan membangunkan tanah Sime Darby dan berharap kerajaan negeri mempercepatkan proses merealisasikan projek berkenaan.
"Pada masa sama, saya berharap pembinaan pusat pengajian tinggi itu juga akan membabitkan kawasan Bukit Serampang di daerah Ledang bagi memastikan limpahannya dirasai oleh semua penduduk," katanya.
Tahir berkata, pengumuman Muhyiddin mengenai persetujuan Sime Darby itu disambut baik semua penduduk Pagoh dan kawasan sekitarnya termasuk Muar dan Ledang kerana limpahan pembangunannya akan turut dinikmati di kawasan berkenaan.
Sementara itu, penduduk, Jamal Sudin, 69, berkata pemilihan Pagoh sebagai hab pendidikan bersesuaian berikutan kedudukannya yang strategik di tengah laluan ke selatan di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur.
Katanya, hab pendidikan itu akan meningkatkan lagi pembangunan dan ekonomi di kawasan Pagoh dan sekitarnya.
"Pagoh mempunyai kelebihan dan kemudahan infrastruktur untuk dibangunkan sebagai hab pendidikan, malah persetujuan Sime Darby untuk membangunkan tanah miliknya akan dapat menjadikan kawasan itu membangun dengan lebih pesat," katanya.
Peniaga di Pagoh, Ahmad Jamaluddin, 43, berkata sebelum ini Pagoh dianggap pekan kecil dengan pertumbuhan pembangunan agak perlahan tetapi pembinaan banyak pusat pengajian tinggi di situ kelak, diharap dapat membantu mempercepatkan pembangunan di kawasan berkenaan.
"Pembinaan lebih banyak universiti di Pagoh akan menyebabkan pembangunan di kawasan itu semakin pesat, sekali gus memberi kesan baik kepada penduduk," katanya.
Pertukaran dibuat bukan kerana ketidaksefahaman, sebaliknya untuk memantapkan program
BERMULA 3 April ini, Melodi akan memperkenalkan gandingan baru, Zizan (Raja Lawak) bersama Dira Abu Zahar untuk mengendalikan program hiburan popular, Melodi.
Pengumuman yang dilakukan TV3 semalam mengiyakan segala desas-desus yang rancak tersebar sejak lebih seminggu lalu, mengenai kemungkinan berlakunya pertukaran pengacara bagi program terbabit.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan stesen terbabit, Melodi masih mengekalkan waktu siarannya iaitu setiap Ahad, jam 12.30 tengah hari.
Menurut penerbitnya, Azman Abd Ghafar, tahun silih berganti, fungsi Melodi turut menempuh reformasi.
"Pelbagai faktor menyumbang kepada pencapaian Melodi iaitu dari segi kualiti penerbitan, kandungan paparan dan waktu siaran. Malah promosinya perlu diperkemas dan dimantapkan lagi bagi mengekalkan prestasi serta kredibilitinya sebagai antara program paling popular di TV3.
"Selari dengan tempoh tamat kontrak pengacara Wahid dan Fara Fauzana pada penghujung Mac ini, pihak kami dengan sukacita memperkenalkan gandingan Zizan dan Dira pula selaku pengacara ataupun pemangkin program Melodi," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, memang tidak dinafikan keserasian dan kehebatan Wahid dan Fara selama hampir enam tahun memikul tanggungjawab sebagai pengacara rancangan itu, namun, selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang dilakukan beberapa bulan sebelum ini, pertukaran muka hadapan Melodi ialah langkah strategik dan wajar dilakukan.
"Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Dira kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan gaya tersendiri dalam meredakan suasana setelah paparan panas dan sensasi dihidangkan. Kami juga percaya setiap pengacara dianugerahkan bakat yang berbeza dan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Bukan sekadar bertumpu kepada gurauan dan usikan semata-mata, jika diberi peluang, gandingan Zizan dan Dira mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton," kata Azman lagi.
Jelas penerbit itu. pihak penerbitan tidak mahu masyarakat mahupun penonton setia Melodi beranggapan transisi ini satu perkara negatif ataupun berlaku kerana ada ketidaksefahaman antara pihak terbabit.
"Ia perubahan yang perlu dilakukan demi memastikan penjenamaan Melodi dan pengisian kandungannya akan terus diperbaharui, relevan dan menepati kehendak cita rasa jutaan penonton. Pembaharuan seperti ini berlaku untuk semua program TV3. Bukan saja Melodi malah jika diperhatikan dengan teliti pihak kami juga pernah membuat pembaharuan dari segi penerbit, wartawan penyiaran, kandungan dan penerbitan itu sendiri. Oleh itu, pertukaran pengacara sepatutnya tidak menjadi isu,” ujarnya lagi.
Wahid dan Fara akan bersiaran sebagai pengacara Melodi buat kali terakhir di lokasi Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac, manakala gandingan Zizan dan Dira akan mula mengambil alih pada minggu berikutnya, bersiaran langsung di Arena of Stars Genting Highlands, sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (3 April).
Bagi peminat Wahid, anda masih boleh melihat telatah spontan serta mencuit hati pengacara berbakat ini sebagai pengacara baru program Ewah-Ewah bergandingan bersama Nabil yang akan mula ditayangkan di TV3 mulai April nanti.
Info:
SEJAK mula diterbitkan pada 1992, nama seperti Datuk Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali, Raja Azura dan gandingan serasi Wahid Senario dan Fara Fauzana ialah sebahagian daripada anak seni tempatan yang diberi kepercayaan memikul tugas berat mengendalikan program popular ini.
MELODI berjaya menarik perhatian lebih 2 juta penonton terdiri daripada pelbagai golongan yang menonton menerusi televisyen mahupun dari laman web rasmi TV3, yang menyiarkan rancangan ini secara langsung.
MESKIPUN berwajah baru, Melodi mengekalkan konsep persembahannya iaitu melaporkan berita berkaitan hiburan, merangkumi aktiviti, visi, sensasi, luahan rasa, kontroversi, gosip, potensi dan seumpamanya bagi memeriahkan persada serta bentuk sumbangan demi menaik taraf dan memajukan persada seni tempatan.
TENAGA produksi Melodi diterajui Jamil Hassan selaku Penerbit Eksekutif, Azman Abd Ghafar (Penerbit), Michelle Wee Lili (penolong penerbit) dan Azwan Azmi, Nurul Izza Safar, Nik Shafiq Hadari dan Saiful Azmi Jamsari (wartawan penyiaran).
Akhirnye... selamat sudah kwn ku itu kwin.... slamt dnikaHkan pd 19-02-11 THNIAH...SelaMat PenGantin BaRu.... suDah btukar 'title' ye... hihihi...ye puan...
cmne??da tgk adiah ktorg x... bguna x utk umah...hihihihi bc x ape yg ktorg tlis kt stu.. o lg 1,ikt arahan x???hehehe
tp sori ar timah.. ku xdpt lame2... mklum la ari ni kje kn... tu pn td g kje lmbt...hikhikhik.... xlrt nk bgun...
smlm dr muar-kulai-muar-pchong-ptrjya... tu lum cmpur ari sbtu nye pjlnn lg... ptjya-klia-muar lg... ngn ujn lbt + guruh + kilat + ribut kuat lg kt jln....
n arni leh lak byk kje urgEnt + last Mnit + sgera nye... pNing kpale ku... mcm2 la...
pstu ptg td aDe pJumpaan nGn KSU... baik Gak KSU tu ye... hihihi