Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang
beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu,
Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai
Dewa Subramaniam.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan
nazar
dan
menebus dosa
atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini Tidak
semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat
kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu
diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu
dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam
belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak ,
warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar
kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi
susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan
mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada
disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk
melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan,
kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di
atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di
atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara
hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi
ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan
saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa
kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat
masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap
kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di
tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya
ialah berjalan di atas
kasut
berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil
hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang
mencucuk
panah
besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang.
Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan
mata pancing
yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan
buah
limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu
bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.
Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri
seperti di
Selangor,
Negeri
Sembilan,
Johor,
Perak
dan
Pulau Pinang.
Pada 20 Januari 2008,
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan
Wilayah Persekutuan
Putrajaya dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri
Pahang,
Perlis,
Kedah,
Kelantan,
Terengganu,
Sabah
,
Sarawak dan
Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagau cuti umum.
p/s : tak nak letak gambar..sebab mesti gambar yang cucuk-cucuk punya..huhu