Tuesday, January 22, 2013

biar betul


Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.

Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty (gambar) berkata, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital awam seluruh Johor. Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah.

“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.


kambing

“Saya mengambil peluang melakukan perkara baik ini sempena Maulidur Rasul tahun ini sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Osman berasal dari Kangkar Tebrau, di sini, menawarkan kambing dengan harga RM1 kepada pasangan yang mengemukakan sijil kelahiran anak di pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.

Menarik kan..harga kambing seekor je da rm 800-900 lbih..tak pun die da banyak masyukk tu..hehe
Tapi untung la pasangan yang anak nya bersalin pada hari Maulidur Rasul tu nanti,terus leh wat akikah..:)

Thursday, January 17, 2013

perlu ke

aiyaa..ni pun nak pertikaikan ke
biar laa..asalkan xmenganggu orang lain
lagipun semua da tau kalau kat sana camne kan
tak salah pun,amik tindakan berjaga-jaga

Persoalan diajukan penyokong Kelantan terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tentang perlukah anggota tentera yang lengkap bersenjata sekurang-kurangnya enam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) lengkap bersenjata M-16 diminta berkawal di pintu masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad ke IV.


Foto

Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah,” katanya (Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood)


Dalam aksi yang berkesudahan Kelantan dan Johor DT seri 1-1, malam kelmarin, anggota polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor DT masuk ke padang selepas penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat. bukan tu je ada gak insiden membaling mercun dan bom asap berhampiran kawasan padang.

tu nasib baik seri, kalau JDT menang ntah camne la...mau lagi kena teruk kawalan pemain ngan penyokong kat sana masa nak keluar tu..
hehe..



malang memang tidak berbau

hmm...duit ilang dalam bank pun leh xperasan ke ea.
kalau sikit tu mungkin leh lagi la kot
tapi ni banyak tu..51k tuu...

malang tidak berbau. Begitulah nasib yang menimpa aktres terkenal, Lisa Surihani yang mana baru-baru ini, duit di dalam akaun bank miliknya lesap begitu sahaja. Ditambah pula jumlah wang yang hilang bukan sedikit, tetapi sebanyak RM51,000 dan dia mula mengesyaki ia berkaitan dengan kes penipuan yang semakin berleluasa kini.

Sehubungan dengan itu, Lisa dan ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, terus merujuk dengan pihak bank berkenaan. Apa yang pelik dan mengejutkan, pihak bank tersebut memberitahu, kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa itu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana ada pihak tidak bertanggungjawab sudah membuat kad ATM baharu atas namanya. Sehubungan itu, Lisa telah pun membuat laporan polis.




Lisa mengakui dirinya masih terkejut dengan apa yang berlaku, namun pada masa yang sama dirinya perlu tenang menanganinya.

Wednesday, January 16, 2013

LISTEN

hehe..heboh 1 malaysia gak la
sejak dari semalam kecoh kat fb
terus malam tadi tengok kat utube
hebat fenomena listen ni..








die compare bab pendidikan seseorang,respect..
pastu tetiba kaitkan ngan haiwan..haiwan ape yg bnyak masalah.. haha

Presiden Suara Wanita 1 Malaysia ni sharifah zohra jabeen sebenarnya yang tak hormat orang sebenarnya..bila mahasiswi tu bersuara, di suruh diam plak, camne tu, bg la die habis cakap dulu, kemudian baru balas dengan fakta.

padahal Bawani tu memang da ada fakta
tapi si sharifah ni yg laju je potong ayat Bawani tu
tu yang terus keluar ayat Listen banyak kali tu..hahaha

dia tak tau ke yang sekarang memang da ada suara mahasiswa
sian die ketinggalan zaman je
dan persoalannya sekarang yeke ada pertubuhan presiden tu..hehehe

Sepatutnya sebagai org dewasa dia harus lebih bijak mengawal emosi apabila berdepan dengan orang yg lebih muda mcm tu....memalukan org dewasa je

syabas kepada bawani...sebab berani menongkah arus di dalam majlis yg takkan memihak kepada dia...ternyata bawani lebih cool dalam hal ini walaupun dia belum dapat degree..:P
even saifuddin (YBTMII) pun turun padang..glemer la diorang lepas ni..hehe


anda nilai sendiri la..
 

https://www.youtube.com/watch?v=o_YEKBkUmLw 


ni antara komen yang menarik la:
sekiranya diberi pendidikan percuma, setiap pelajar tidak berhak mendapat pinjaman PTPTN. maka semua pembelajaran dari segi nak buat assignment ker apa ker, korek duit mak bapak la yer... kalau nakkan pinjaman/biasiswa, cuba cari syarikat2 yg besar dan sanggup kerja dengan mereka selepas grad... sanggup ker? dah macam pencacai lak kan.... so ada sebab tidak diberikan pendidikan percuma...
p/s: bagi duit PTPTN pun buat joli dgn awek atau beli gadget mahal2... ish ish ish...

Friday, January 4, 2013

da masuk 2013 daa

kejap je da masuk tahun baru da
da beberapa ari da pun memulakan keje kembali
kejap je masa berjalan kan

da lama da xupdate blog ni...hehe
xde idea la..lagipun bercuti kan..
ngan xberapa nak sihat sangat..
jadi blog pun cuti sekali la..:P

akhir tahun lepas banyak berita gembira yang ku terima..
ceh,macam lama sangat je akhir tahun lepas tu..;P
alhamdulillah atas semua berita tu..

yg paling latest, kawan rapat ku da bersalin..
xsangka da jadi ibu da die kan..
comel baby..marissa auni..
da ja aunty da ktorang2 ni..=)

cerita lain biase la..
akhir bulan lepas, berlaku lagi perubahan carta organisasi di opis..
hmm...terus bertukar tempat partition sekali diorang tu

cerita pasal family lak
aritu sambut besday mak,macam biase la..
wat makan-makan..
tapi kali ni makan kat luar terus..
senang..baby2 kecik pun da besar..
senang bawak jalan..
dua2 baby da 1tahun..

dan tahun lepas gak..
anak sdara 1 ku telah selamat menduduki UPSR dan da dapat pun keputusan
ok la keputusannye,walaupun xbegitu cemerlang
sekurang-kurangnya dia survive kat sekolah cina tu,
yang boleh kira berapa kerat je budak melayu kat situ..

xsangka da besar da anak sdara ku..hehe
da masuk tingkatan 1 da tahun 2013 ni..

juga untuk sepupu sbelah husband ku, da abis PMR da
alhamdulillah keputusan nye cemerlang

tu je la kot cte2 terkini yang xberapa nak sensasi..:P