Tuesday, January 18, 2011

-filem terakhir beliau-

”JANGAN HANTAR AKU KE NERAKA”
LAKONAN TERAKHIR FAIZAL YUSOF BERSAMA TV9

Pemergian Allahyarham Faizal Yusof pada awal tahun baru 2011 memang amat memeranjatkan bagi kita semua dan memberi kesan yang besar dalam pesada seni hiburan kita. Terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan beliau yang menjayakan drama “Jangan Hantar Aku Ke Neraka” seperti ialah Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin kerana mereka baru sahaja beberapa hari selesai pengambaran tele-filem tersebut.

Kepada anda yang ingin melihat lakonan daripada pelakon berpengalaman ini menerusi tele-filem ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’ merupakan tele-filem terakhir Allahyarham dan bakal ditayangkan pada hari Rabu, jam 8.30 malam pada 19 Januari ini menerusi slot Skrin Di 9.

mcm2....


wa..filem Khurafat kutip RM 2.8 juta dlm masa 5hari..
tp mmg leh thn ar cte...
dlm pggung tu mmg asyk dgr org jrit je...hihihi...
tp ade gak part yg kt dlm tu ktorg gelak...
bkn tu je,siap leh ckp lg,ar lps ni ape,lps tu ape....
sbb tau,ble mlm dtg je...msti ade 'ssuatu' tu dtg....
mcm2 la...

n 1 lg...
dgr2 nye...AF9 kali ni mrupakan yg terakhir..
stkt ni yg tu cnfirm la...
cme yg ni berita belum sah, namun daripada sumber yang dipercayai ada menyatakan bahawa Ahmad Dhani mungkin bakal calon pengetua untuk Akademi Fantasia 9 (AF9).

Ketika berlangsungnya sidang akhbar Khamis lepas di Duo Apartment, pihak AF9 banyak kali diajukan pelbagai soalan mengenai bakal pengetua AF9 yang dikatakan daripada seberang. Antara nama lain yang timbul ialah komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa, juga bapa kepada penyanyi muda berbakat besar, Gita Gutawa (Kembang Perawan)..

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi mengesahkan bahawa program realiti hiburan itu tidak akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

"Penganjuran AF yang terakhir bukanlah disebabkan faktor SMS yang kurang mendapat sambutan. Malah, ia juga tiada kena mengena dengan faktor bajet tinggi atau pun rating TV. Keputusan ini dibuat disebabkan kami mahu cuba membuat program baru yang lain.

Azlin turut mengumumkan bahawa musim AF yang terakhir ini juga akan menampilkan kelainan yang mana, ia bakal menggamit nostalgia AF dari musim pertama sehingga musim ke-8 tetapi uji bakat AF9 juga nanti buat pertama kalinya akan dibuat secara online.
tgu je la ye..




Ini lawak antarabangsa ke apa? Dr. Rozmey kembali mewarnai dunia hiburan dengan idea-idea yang makin pelik & tak munasabah. Terpengaruh dengan khabar angin bahawa Facebook(fb) bakal ditutup 15 Mac 2011, Dr Rozmey bercadang untuk membuka sebuah laman sosial bagi mengantikan kekurangan tersebut, dRbook.

hehehe...mcm2 kn...tp yg sbtulnye fb ditutup tu cme khbr angin je...

Friday, January 14, 2011

xde iDea...

ei..knp la ngn email ni...
dr mggu ni lg..
lmbt tul..
arni lg la...lgsung la xleh..
bkk tu leh..tp cmtu je la...
klau klik ssuatu kt inbox...cmtu je la gak..
tlis je loading...
xbrgrak2 gak....
sush tul..da la smua bgntung kt email...
trpkse la mtk softcopy...
nsib la yg nk mtk tu 1bhgian je...
klau lain bhgian cmne...
trpkse la fax...
rmai gak da ngadu,email xok la..
xleh trime la...

ngn bos ku ni lg la..
email out tul la...
ku pn ye kn je la...
nk wt cmne kn...

ku ni td slain wt kje...
asyk duk jwb tlfn je..
ni mgkin psl email out la ni..
org luar duk tnye tu la,ni la..
lyn kn jela..
yg mne ku tau,ku gtau...
yg mne xtau..hehehe...bg no @ org brkenaan je la...
smpai ade org dari china cll..
ku da trfikir,nk ckp mlyu ke inggris..
tp tgk die ckp mlyu...
jwb je ar trus...
hihihihi...
yg klkr nye die leh tnye ade 1 nama pgawai tu...
pgwai tu prmpuan ke...
eh,bkn...llki...
nme die en.......
hehehehe..mcm2...

sian die smlm blik lmbt lg...
meting dr kul 4 ptg smlm...
mmakan masa hingga 3 jam lbih...
smpai la ke mlm...
ni smua gara2 meting ngn org tu la ni....
rmai da bsing ,ckp npe la die wt meting lme2...
ntah la ye..tu kna tnye diri die sndiri la...
xkn la die tu asyk fkir psl kje je..
xfkir kn fmly ke..
org lain pn ade fmly gak...
ei...mcm2...
mkin bijk pndai,jwtn mkin tinggi, gji mkin byk...
mkin mcm2 la prngai ssorg tu....
ssh rpenye hidup kt dnia ni kn...
hehehehe

wa...pemain Malaysia dpt rm65k tu..

wa..bruntung tul pemain Malaysia..
da rzki diorg kn...
brbaloi ngn usaha yg diorg bri kn tu...


Kejayaan pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 pada 29 Disember lalu terus diraikan apabila semalam kerajaan mengumumkan insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 kepada setiap pemain dan jurulatih. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata setiap pemain dan jurulatih akan menerima unit Amanah Saham Wawasan 2020 bernilai RM50,000 yang tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun. Mereka juga akan menerima insentif khas daripada kerajaan sebanyak RM10,000 seorang dan Skim Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara RM5,000.

“Kerajaan juga akan menaja latihan pemain dengan kelab ternama sebagai persiapan masa depan sukan bola sepak negara,” katanya ketika meraikan pasukan itu pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana.


Dalam konteks keseluruhan rakyat, katanya, semangat juang pasukan negara itu boleh dijadikan contoh bahawa untuk berjaya bukan saja perlu memiliki kemahiran tetapi juga kemahuan dan membentuk pemikiran serta keyakinan untuk mengatasi cabaran.

“(Kejayaan) membuktikan pemain mempunyai kekuatan minda dan kuasa permainan yang luar biasa. Selain memerlukan kemahiran dan teknik, kita berbangga dengan daya juang dan kekuatan mental mereka," katanya.

Selain insentif daripada kerajaan, pemain juga menerima habuan daripada kerajaan negeri masing-masing sebelum ini.

INFO: Pecahan insentif Piala Suzuki AFF

Kerajaan
RM50,000 unit Amanah Saham Wawasan setiap seorang
RM10,000 insentif setiap seorang
Skim Hadiah Kemenangan
Majlis Sukan Negara (MSN) - RM5,000 setiap seorang

Negeri
Kedah - RM5,000 (Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Khairul Helmi Johari, Mohd Sabre Mat Abu, Mohammad Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan)
Terengganu - RM5,000 (Mohd Sharbini Alawee Ramli, Mohd Ashaari Shamsuddin, Mohd Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohamad, Norshahrul Idlan Talaha) dan satu lot tanah seorang
Perlis (Yayasan Pok & Kassim) - RM5,000 (Amar Rohidan)
Kelantan - Rumah (Khairul Fahmi Che Mat)
Perak - RM10,000 (Mohd Safee Sali)
- RM5,000 (Mohd Sabre Mat Abu, Mohamad Fadli Mohd Shas)

PErODua kekal di tmpt 1

Perodua mengekalkan kedudukannya untuk tahun kelima berturut-turut di kalangan syarikat kereta di Malaysia apabila meningkat 13 peratus dan rekod jualan 188,600 unit tahun lalu dengan model MyVI muncul sebagai model jualan terlaris.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata dalam proses itu, ia menguasai 31.2 peratus kepentingan pasaran kereta negara.
"Jualan tahun lepas didorong oleh permintaan menggalakkan untuk kereta kompak mampu milik berbanding 166,700 unit yang dijual pada 2009," katanya.

Beliau berkata, MyVI muncul sebagai model paling laris di Malaysia tahun lalu dengan 77,700 unit dijual, ALZA kenderaan pelbagai guna paling laris dengan jualan 42,000 unit sementara Viva mencatatkan jualan 69,000 unit.

"Buku tempahan kami kekal menggalakkan dan kami yakin dapat mengekalkan momentum itu tahun ini," katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar, Aminar berkata, Perodua mensasar menjual 195,000 unit kenderaan tahun ini, dipacu oleh jualan MyVI, ALZA dan Viva.

Menyentuh tinjauan masa depan industri, beliau berkata, jumlah industri untuk tahun ini sama ada tidak akan berubah, atau meningkat sedikit daripada anggaran 605,000 unit yang dijual pada 2010.

"Tahun lepas merupakan tahun yang baik untuk kebanyakan syarikat pengeluar dan tahun ini, kami menjangkakan sama ada ia mendatar ataupun meningkat sedikit," kata beliau. - BERNAMA